Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

6 Kombinasi Makanan Yang Bantu Kamu Kurus

Gabungan dua jenis makanan dalam hidangan ini bukan sahaja membuatkan ia bertambah sedap, tetapi mampu membantu kamu menurunkan berat badan dengan cepat. Nak cuba?

Kajian antarabangsa membuktikan sesetengah makanan yang dicampur dalam satu hidangan membaiki sistem pencernaan, memberi kamu lebih tenaga seterusnya membantu kamu untuk kurus. Yay!

Sayur + Telur rebus
Menurut kajian, telur membantu penyerapan carotenoids (pigmen yang memberikan warna kepada sayuran). Carotenoids bukan sahaja mencegah kenaikkan berat badan tetapi melindungi kamu daripada kehilangan penglihatan dan kanser. Bukan itu sahaja, ia juga baik untuk kulit yang licin. Selepas ini, jangan lupa tambah telur rebus bersama salad kamu.

Tuna + Halia
Halia membantu mengurangkan gas dalam tubuh seperti gastrik dan pedih hati. Tuna pula mengandungi kebaikan Omega-3 yang menghalang pembentukkan lemak di bahagian abdomen. Cuba salad tuna dengan hirisan halia untuk menu diet kamu.

Bayam + Avokado 
Dua sayuran dan buah ini membantu mengawal nafsu makan kamu. Avokado membantu mengawal kadar kolestrol dan kaya dengan vitamin B dan E juga potassium. Bayam pula berkhasiat dan rendah kalori.

Ayam + Lada Cayenne
Ayam kaya dengan protein dan membuatkan kamu kenyang dengan lama dan lada cayenne meningkatkan pembakaran lemak dan mengurangkan nafsu makan. Hebat kan?

Kentang + Serbuk Lada 
Kentang lebih kenyang daripada gandum penuh. Malah ia kaya dengan potassium. Jika kamu mahu mengawal berat badan, hidangkan kentang rebus atau panggang tanpa keju dan mentega. Kemudian taburkan serbuk lada kerana ia mencegah pembentukkan sel lemak baru.

Kopi + Serbuk Kayu Manis
Kayu manis mengandungi ejen antioksida yang mengurangkan lemak di perut, manakala kopi pula mengurangkan nafsu makan. Kombinasi yang sempurna ini boleh dihidangkan waktu pagi untuk segarkan mata kamu.

Foto: 123rf.com

 

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness