Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

6 Fakta Terbaru Tentang Lelaki

Pada era ini, ramai lelaki menganggap kehidupan mereka jauh lebih mencabar berbanding lelaki zaman dahulu. Cosmo telah menjalankan satu tinjauan dan membincangkan penemuan terbaru itu dengan pakar seks, psikologi, antropologi dan sosiologi yang mendedahkan beberapa isu menarik.

Foto: Shutterstock.com

4 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

4. MEREKA SEMAKIN OKEY DENGAN WANITA BERGAJI BESAR

Lelaki muda sekarang tak kisah sangat jika pasangannya lagi banyak gaji daripada mereka. “Malah, mereka akan mengharap yang kamu boleh menyumbang lebih sikit tahun ini terutama bagi yang dah berkahwin, supaya tahun depan mereka pula boleh buat sumbangan lebih,” jelas Kathleen Gerson, PhD, profesor sosiologi di University New York dan pengerusi Fakulti Kesenian dan Komiti Sains Kesaksamaan Jantina.

Kumpulan lelaki ini mula menganggap situasi kamu bergaji besar daripadanya sebagai “perlumbaan jangka panjang,” katanya, bermakna mereka dah mula membayangkan the bigger picture. Contohnya, kalian boleh beli rumah bersama-sama daripada siapa yang boleh bagi duit lebih. Kolaborasi ini lebih baik daripada perebutan kuasa dalam rumah tangga.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor