Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

6 Date Moves Dedahkan Perangai Buah Hatimu

Cosmo bongkar enam date moves yang akan dedahkan perangai buah hati kamu itu!

Kamu boleh telek dan tahu hampir kesemuanya tentang si dia daripada cara dia melayan kamu sewaktu keluar bersama – daripada pemuzik kegemaran sewaktu karaoke (the Eagles? Potensi bapa yang baik tu) kepada cara dia tak berkira bila bayar bil (20 sen pun kedekut? Lari!) Dengan semua info ini, kamu tak perlu nak beria-ria dengar butiran percakapannya! Eh taklah, tapi ala-ala begitu.

 

1) DIA (TERLALU) MESRA Kamu baru tepuk lengannya (tak pegang tangan pun), tapi dia terus tarik kamu ke tempat yang sunyi dan tutup pintu biar rapat. Jelas sekali lelaki jenis ini hanya berminat dengan satu benda sajah, dan ia bukannya pandangan kamu tentang dunia seni kontemporari ya.

2) KAKI BERLAGAK BIJAK SASTERA Sedang kalian berbual di tempat makan, secara tiba-tiba dia sebut, “My parents baik dengan Keris Mas. Eh chup, you kenal tak?” (ketawa sambil angkat kening kepadamu) Dia memanglah bijak bagai… tetapi caranya itu agak memperlekehkan kamu seakan duniamu hanya untuk shopping dan bersolek saja.

3) A$YIK FIKIR WANG Sudah tiba masanya untuk langsaikan bil makan, dan dia sanggup keluarkan mesin kira-kira (dibawa dalam poketnya ya) untuk bahagi dua sampai ke nilai sen – atau dia berlagak bila nak membayar. Ini adalah perangai klasik Weird About Money. Kalau dia nak menggoda kamu, berkemungkinan dia membisikkan ayat, “I belum cukup 401(k) lagi.”

4) SILLY = SEXY Jika dia sanggup layan filem seperti Mamak Cupcakes sebab kamu minat Shaheizy Sam dan for the fun of it? Bermakna dia menghargai yang kehidupan ada kala boleh jadi tak munasabah. Keep him.

5) MENUJU MESRA TAPI TEMAN Sewaktu berkaraoke, dia pilih Don’t Stop Believin. Lagu yang tak memberangsang namun menguji tinggi-rendah suara menunjukkan dia macam your bro. Ya dia menyeronokkan, tetapi hanya dalam dos yang kecil…pada masa menyanyi adalah dilarang.

6) YOU SIAPA? Jika dia jumpa kamu sewaktu date dengan jaket Louis Vuitton sambil mengungkap dengan kuat, “Sayalah RAJA!”, sememangnya dialah Kanye West – yang menjalinkan hubungan dengan dirinya, eh salah, Kim.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert