Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

6 Ciri Fizikal Yang Menarik Perhatian Lelaki, Menurut Sains

 

Kita semua tahu setiap kali lelaki memandang wanita, mereka mungkin memikirkan tentang hubungan intim…

 

18708332 - sexy young couple playing in love games in a bedroom.

Tapi kini, sains membuktikan ada sebab spesifik kenapa mereka ‘belek’ kamu dari atas ke bawah. Some of it’s silly, but most of it you can easily nail. Menurut Business Insider, setiap kali lelaki perhatikan wanita, mereka membuat ujian reproductive fitness. Lelaki dicipta untuk mencari ciri-ciri penting pada fizikal wanita, dan ciri inilah yang membuatkan wanita nampak menarik kerana ia dikaitkan dengan kesuburan dan tahap kesihatan yang baik. Bila lelaki perasan ciri ini, mereka akan berfikir, ‘She could have my babies!’ – membuatkan mereka tanpa sedar, atau terlalu sedar, tertarik dengan dirimu.

Sains telah membuktikan bahawa enam ciri fizikal ini mampu menarik perhatian jejaka. Menurut data, ini yang kamu perlukan untuk masuk dalam kategori ‘menarik’:

 

1. Pinggang Kerengga, Pinggul Tempayan

Nisbah saiz pinggang dan pinggul haruslah 7:10. Kedua-dua aset wanita ini ada kaitan dengan melahirkan anak, membuatkan lelaki terbayang-bayang kamu melahirkan zuriatnya. Ini agak obvious – lelaki sukakan pinggang yang ramping bak kerengga dan pinggul yang besar bak tempayan. Hmm, mungkin sebab itulah waist-trainers dan Kardashians kini trending.

 

2. Suara Nyaring

Menurut satu penyelidikan, suara nada tinggi membangkitkan keremajaan dan melambangkan tubuh yang kecil dan feminin – ciri yang menjadi dambaan lelaki. Jadi anggaplah suara nyaring kamu menyanyi dalam bilik air itu sebagai ‘senjata’ untuk tarik perhatian si dia.

 

3. Rambut Sihat

Dandanan lebat, panjang dan bersinar sangat menarik perhatian. Again, ia melambangkan kesihatan dan kesuburan. Jadi rajin-rajinlah ke salun untuk rawat rambut kamu ya.

 

4. Senyuman

Cukup jelas, orang yang gembira mampu menarik minat orang lain. Tapi sains juga membuktikan jika senyuman kamu disertakan dengan sebaris gigi yang putih bersih, ia satu bonus!

 

5. Solekan Semula Jadi

Kamu mungkin fikir contouring, lima lapisan pembayang mata dan bibir merah menyala akan buatkan kamu lebih cantik. Salah! Rias semula jadi lebih menarik buat jejaka. Lelaki sukakan wanita yang gunakan kurang 40 peratus kosmetik. Tapi tak perlu sains pun kamu dah boleh tahu yang ‘semula jadi’ memang pilihan terbaik untuk kamu, kan?

 

6. Pakai Merah

Ada sebabnya warna ini dikaitkan dengan berahi. Sains membuktikan memakai merah boleh meningkatkan daya penarik diri. Cepat cuci dress merah kamu untuk dipakai hujung minggu ini!

 

Artikel Asal: Jessica Mattern/Sumber asal: Redbook.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor