6 Cara Rasa Seksi Serta-Merta - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

6 Cara Rasa Seksi Serta-Merta

 

Kenapa perlu tunggu untuk kamu ‘selimuti’ diri dengan aura seksi yang menampakkan keyakinan? Cuba tip berguna ini, sekarang!

 

16184760_m

 

1. Jom ke salun untuk mendandan rambut pada hari hmm… Rabu pun boleh. Kamu akan rasa keyakinan diri membuak dengan rambut didandan cantik dan pasti sesiapa yang melihat pun akan tertarik kepadamu.

 

2. Nak tayang aset? Silalah! Tak mungkin kamu akan berjalan gaya malas bila mengenakan kasut tumit tinggi dan body hugging dress. Lagipun, standing tall pasti akan buat sesiapa saja berpaling ke arahmu.

 

3. Katakanlah kamu tersangkut dalam kesesakan lalu lintas atau perlu menunggu lama, buka Fifty Shades of Grey atau bacaan steamy lain dalam iPadmu tu. Baca beberapa perenggan saja dah boleh buat kamu terbayangkan sesuatu yang seksi.

 

4. Buat tempahan untuk lakukan perawatan kuku atau manjakan diri untuk sesi urutan kaki. Menurut pakar, akupunktur yang dilakukan pada tapak kaki boleh meningkatkan keinginan seks. Kamu boleh lakukan urutan secara DIY, tekan sahaja bahagian tengah tapak kaki selama satu minit.

 

5. Mengenakan busana merah memang pencetus rasa yakin yang mujarab. Tapi pilihan kain yang betul juga sama penting. Cuba tekstur seperti sutera, leather atau renda untuk menambah rasa sensual.

 

6. Bila kamu bangun dari tidur, peruntukkan beberapa minit untuk lakukan yoga. Posisi fleksibel akan menggalakkan peredaran darah dan menambah tenaga – kedua-duanya akan membuat kamu rasa teruja secara seksual!

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor