6 Cara Berkesan Atasi Rambut Kusut Dan Menipis - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
6 Cara Berkesan Atasi Rambut Kusut Dan Menipis

6 Cara Berkesan Atasi Rambut Kusut Dan Menipis

Percayalah, kami sendiri pun pernah melaluinya…

 

 

 

Ya, boleh dikatakan semua wanita pernah melaluinya. Daripada rambut kering hinggalah ke kusut tak dengar kata, mungkin benar kulit kepala pun boleh jadi moody dari semasa ke semasa. Selepas mencari-cari video di Youtube, Cosmo dapati usaha untuk mendapatkan gaya atau tocang sempurna ibarat “hmm, lupakan sajalah!”

Di sini terdapat beberapa trik yang boleh membantu kamu dapatkan dandanan idaman dengan minimum efforts. Cubalah!

 

1. Tocang Rambut

Mengikat tocang tinggi adalah cara terbaik untuk gayakan rambut secara berbeza daripada ponytail biasa. Dengan cara ini, rambut kamu akan kekal di satu spot saja dan kemas sepanjang hari.

 

2. Sentiasa Pakai Perapi

Ini akan mengembalikan lembapan, menjadikannya lembut dan susah kusut. Cosmo cadangkan kamu pakai perapi setiap kali selepas bersyampu, dan pakai deep conditioning mask setiap satu atau dua minggu.

 

3. Gunakan Sikat Bergigi Lebar

Kamu mungkin lebih suka gunakan berus rambut kerana ia lebih cepat, tapi hakikatnya sikat bergigi lebar lebih baik. Bukan saja kamu akan leraikan kusut dengan berkesan, tapi ia juga akan melindungi rambut daripada bercabang dan rosak di hujungnya. Mulakan menyikat dari hujung rambut, hinggalah ke kulit kepala secara perlahan.

 

4. Berus Rambut Dua Kali Sehari

Jika rambut kamu mudah kusut, sebaiknya jangan biarkannya lepas untuk jangka masa yang lama tanpa disikat. Sikat rambut kamu dua kali sehari dengan soft bristle brush, lebih-lebih lagi sebelum mandi dan sebelum tidur.

 

5. Sapu Jeli Petroleum Di Helaian Rambut

Punca rambut kamu bercabang dan rosak adalah kerana ia kering. Sama seperti kulit, rambut juga perlukan lembapan untuk kekal sihat. Jeli petroleum seperti Vaseline ideal untuk menghidrat dan menyuburkan hujung rambut, mengelakkan kusut dan cabang.

 

6. Lindungi Rambut Ketika Tidur

Rambut jadi kusut ketika tidur! Betul tak? Apa yang boleh kamu buat adalah sapukan oil-in-cream masque atau tocangkan rambut sebelum tidur kemudian cuci keesokan paginya.

 

Artikel asal: Nikita Upadhyay (cosmopolitan.in)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor