Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
6 Guru Mekap Kamu Patut Follow Sekarang!

6 Beauty Guru Yang Kamu Patut Follow Sekarang!

Siapa lagi yang suka tonton makeup tutorials di internet selama berjam-jam seperti tak ingat dunia? Raise your hands, please!

Melihat tutorials mekap di Instagram dan YouTube bagaikan sudah menjadi satu hobi (well if that makes any sense lol). Ramai yang sangat gemar menontonnya kerana mereka boleh belajar dan mendapat inspirasi untuk pelbagai look yang diingini.

Kini, industri kecantikan telah meningkat naik dan ia seperti tidak akan berhenti anytime soon. Setiap hari, ada saja beauty guru yang akan muncul untuk mencuba nasib sebagai the next big thing in this game. Ramai yang mnyokong beauty guru ini kerana mereka bukan saja boleh mengajar cara untuk memakai solekan, tetapi mereka juga akan membuat review produk atau lebih dikenali sebagai 'swatch'. 

Selain itu, mereka juga berkongsi tip kecantikan seperti penjagaan kulit dan kadangkala mereka juga akan berkongsi pengalaman hidup yang membuatkan penonton boleh relate dengan mereka.

Oleh sebab itu, bukan senang untuk mencipta nama sebagai the true beauty guru! Tak bermaksud kamu pandai menggunakan solekan, kamu terus layak menyandang gelaran tersebut. It takes more than that!

Cosmo senaraikan enam beauty guru yang menepati ciri-ciri sebagai the true beauty guru dan yang haruskamu follow sekarang juga! Believe us, after this, your makeup game will change forever.

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

6. Nikkie Tutorials

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker