6 Aktor Kacak Ini Antara Calon Watak James Bond Yang Terbaru!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

6 Aktor Kacak Ini Antara Calon Watak James Bond Yang Terbaru!

Watak ikonik James Bond bakal mencari pengganti baru kepada pelakon terdahulunya iaitu Daniel Craig. Filem James Bond seterusnya yang berjudul Bond 25 akan memulakan penggambaran pada April ini dan dijangka ditayangkan tahun depan.

Filem siri kali ini menyaksikan penampilan terakhir Daniel selepas membawakan watak itu dalam tujuh buah filem sejak tahun 2006. Oleh kerana ia merupakan filem terakhir Daniel sebagai James Bond, peminat setia telah mula memperkatakan aktor seterusnya yang bakal menggantikan aktor British itu.

Beberapa nama aktor terkenal telah mula dicanang merebut watak itu termasuk Idris Elba dan Tom Hardy. Syarikat pengeluar francais James Bond, Eon Productions bagaimanapun tidak mendedahkan nama aktor yang terpilih setakat ini.

FOTO: ESQUIRE.COM

5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Cillian Murphy
Filem lakonan:
Peaky Blinders, The Dark Knight & Inception

Ramai penggemar filem ini mahukan Cillian menjadi calon seterusnya. Dia mempunyai karisma dan rupa paras yang tampan serta personaliti yang romantis. Jika dia berjaya mendapatkan watak ini, Cillian bakal menjadi aktor kelahiran Ireland yang kedua selepas Pierce Brosnan.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness