6 Aktor Kacak Ini Antara Calon Watak James Bond Yang Terbaru!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

6 Aktor Kacak Ini Antara Calon Watak James Bond Yang Terbaru!

Watak ikonik James Bond bakal mencari pengganti baru kepada pelakon terdahulunya iaitu Daniel Craig. Filem James Bond seterusnya yang berjudul Bond 25 akan memulakan penggambaran pada April ini dan dijangka ditayangkan tahun depan.

Filem siri kali ini menyaksikan penampilan terakhir Daniel selepas membawakan watak itu dalam tujuh buah filem sejak tahun 2006. Oleh kerana ia merupakan filem terakhir Daniel sebagai James Bond, peminat setia telah mula memperkatakan aktor seterusnya yang bakal menggantikan aktor British itu.

Beberapa nama aktor terkenal telah mula dicanang merebut watak itu termasuk Idris Elba dan Tom Hardy. Syarikat pengeluar francais James Bond, Eon Productions bagaimanapun tidak mendedahkan nama aktor yang terpilih setakat ini.

FOTO: ESQUIRE.COM

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tom Hardy
Filem lakonan: The Revenant, Mad Max: Fury Road & Venom

Aktor Pierce Brosnan sebelum ini berkata Tom ialah calon terbaik menggantikan Daniel. “I think Tom Hardy could be a good Bond. I’d be happy to see him do it. You need an actor who can put a bit of wiggle into it—that’s what makes Bond,” katanya.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness