6 Aksi Romantis Dambaan Jejaka - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
6 Aksi Romantis Dambaan Jejaka

6 Aksi Romantis Dambaan Jejaka

Cosmo menemu bual beberapa lelaki tentang aksi romantis yang sering bermain dalam minda mereka. Ehem, ini untuk pasangan yang sudah berkahwin saja ya.

Foto: Shutterstock.com

“Di Pulau Perhentian! Berpelukan sambil berlibur di tepi pantai, ahh syoknya. Lagipun suasana tepi pantai mampu buat setiap pasangan rasa tenang.” – Haris, 30

“Berkongsi payung ketika hujan. Saya belum pernah cuba tapi pasti menarik jika bercumbu di bawah rintik hujan berbanding di bawah pancutan air.” – Danny, 28

“Mungkin aksi hangat dalam pool. Janganlah di tempat awam, pilih bilik hotel yang ada private pool.” – Francis, 27

“Sesi intim ketika camping, lebih ekstrem. Bukan dalam khemah tapi di tengah hutan.” – Daniel, 29

“Tak kisah bersama di mana. Paling penting, si dia menggayakan costume yang saya suka. Memang cukup seksi.” – Lutfi, 28

“Ketika si dia gigit bantal kerana menahan daripada mengeluarkan suara. Malulah kalau sebumbung dengan ibu bapa dan mereka dengar.” – Phillip, 32

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist