50 Cara Mudah Dan Bijak Jimat Duit (Tanpa Perlu Berkorban) - Page 4 of 7 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

50 Cara Mudah Dan Bijak Jimat Duit (Tanpa Perlu Berkorban)

Pelajari helah berguna untuk ada duit ekstra. Kamu tak mungkin bankrap jika bijak mengurus kewangan!

Foto: Shutterstock.com

4 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mudahnya Simpan Duit!

24. Ulat buku

Kamu jenis rajin membaca dan sering berbelanja ratusan ringgit hanya untuk beli buku? Apa kata mulai hari ini pinjam buku di perpustakaan.

25. Jadi Chef

Setiap hari kamu guna puluhan ringgit untuk beli makanan. Bawa saja bekal ke pejabat. Lebih sedap dan puas hati.

26. Hidangan Seimbang

Tak perlu diet tapi cuba kawal kuantiti. Makan satu kali hidangan berat dan jika perut lapar ganti nasi dengan roti supaya tak banyak berbelanja.

27. Manisan

Untuk elak kamu order berbagai jenis makanan di restoran, cuba mulakan dengan kuih atau buah-buahan. Ia mampu buat kamu kenyang lebih cepat.

28. Belajar berdikari

Buat apa beli baru, tampal kasut dan jeans koyak lebih murah. Kamu juga boleh belajar menjahit di Youtube.

29. Menabung

Kamu selalu nampak duit syiling bertabur di setiap inci lantai rumah tapi buat tak tahu saja.Ttidak kali ini! kutip dan masukkan ke dalam balang. Jangan terkejut jika syiling bulat itulah yang bakal jadi penyelamat hidup kamu sewaktu sengkek nanti.

30. Hirup Udara

Sekadar nak beli satu paket gula, apa salahnya naik basikal atau jalan kaki saja ke kedai.

31. Elak Buang Makanan

Simpan makanan lebihan dalam peti sejuk. Esok boleh panaskan dan makan semula. Sifat membazir dan buang duit perlu dibuang segera.

32. Usah tambah sakit

Sudah masa kamu beralih ke hospital kerajaan. Ubat dan pil semua sama, yang penting kamu cepat sihat.

33. Perlu Tahu

Ambil tahu senarai nama ubat kamu perlukan dari doktor setiap bulan dan beli saja di farmasi.

34. Berhenti Main Air

Tadah air di dalam baldi ketika basuh simen atau mencuci pakaian. Jangan biarkan hos terbuka begitu saja ya.

35. Hutang Banyak

Gesek kad memang sedap tapi bila nak membayar…hindari jadi pemilik kad kredit.

36. Bercucuk Tanam

Siram tanaman di waktu malam kerana cahaya matahari tak dapat menyerap air.

37. Jimat elektrik

Bila hari hujan, tak perlulah pasang pendingin hawa itu setiap malam. Takpun set aircond untuk sejukkan bilik selama tiga jam saja, kipas dipasang perlahan. Bila pendingin hawa dah tutup, kamu dah lena untuk merasa suasana telah berubah.

38. Kurangkan Kelajuan

Menurut Dr Azizan Osman, pakar pemasaran global dan usahawan, memandu kereta dengan laju hanya meningkatkan 30 peratus kos pembakaran minyak dan risiko amat tinggi untuk kena saman. Duit juga tu!

39. Respect Water!

Jangan lupa tutup paip air ketika memberus gigi ataupun mencukur.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor