Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

50 Cara Mudah Dan Bijak Jimat Duit (Tanpa Perlu Berkorban)

Pelajari helah berguna untuk ada duit ekstra. Kamu tak mungkin bankrap jika bijak mengurus kewangan!

Foto: Shutterstock.com

3 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Beauty for Less!

17. Guna Semula

Jika maskara sudah habis, cuci dan simpan saja berus kerana semua maskara sama jadi tak perlu beli yang mahal berkali-kali, apa yang berbeza ialah pemegang berus itu saja.

18. Dua Dalam Satu

Jeli petroleum sangat sesuai digunakan untuk penjagaan kecantikan kerana fungsinya ada pelbagai. Uniknya kamu boleh dijadikan ia sebagai glos mahupun pelembab tangan.

19. Berseri Semula Jadi

Minum air putih sebaiknya lapan gelas sehari supaya kekal cantik. Selain itu, kamu juga boleh hiris timun dan letak diatas mata untuk kekal segar. Tak perlu pakai produk mahal, semua ada di rumah.

20. Fokus Satu Produk  

Semuanya dua! Dua pencuci muka, dua bedak, dua deodoran! Banyak wang telah dibelanjakan untuk beli keperluan yang berlebihan. Sebelum mula shopping bawa senarai barang yang PATUT kamu beli. Fokus dan lupakan godaan belanja tak tentu hala.

21. Murah Pun Cantik

Fanatik sosial media sering cari hashtag penjual seperti #sayajualmurah atau #promosi di laman Instagram mahupun Twitter. Taktik ini menjadi pilihan utama buat penggemar fesyen untuk bergaya sambil berjimat.

22. Kekal Bertenaga

Mengapa ke gim jika boleh lari tiga pusingan di sekitar rumah. Kamu boleh jimat sekitar RM200 sebulan dengan bersenam tanpa alatan canggih. Jika tak percaya sila jenguk blog pakar kecergasan, Kevin Zahri.

23. Cerdik Bergaya

Kamu ada majlis makan malam tapi malas beli gaun baru? Layari khidmat rentadress.com.my untuk sewa busana berjenama. Banyak pilihan pada harga berpatutan.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor