50 Cara Mudah Dan Bijak Jimat Duit (Tanpa Perlu Berkorban) - Page 2 of 7 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

50 Cara Mudah Dan Bijak Jimat Duit (Tanpa Perlu Berkorban)

Pelajari helah berguna untuk ada duit ekstra. Kamu tak mungkin bankrap jika bijak mengurus kewangan!

Foto: Shutterstock.com

2 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jimat di Rumah

7. Perabot Percuma

Dari belanja ribuan ringgit, tak salah jika kamu terima saja kabinet TV ibu yang lama itu, terutama jika ia masih cantik dan terjaga. Luaskan kreativiti dengan mengecat warna baru pada perobot lama.

8. Isi semula

Dapatkan kartrij printer yang boleh refill untuk simpan duit poket kamu ke kedai hanya kerana ingin mencetak empat keping kertas saja. Cepat, jimat minyak, jimat duit!

9. Untung Beli Online

Biasanya, kamu boleh memperoleh mata ganjaran atau diskaun jika rajin mengisi tinjauan pendapat mereka. Cuma beberapa minit saja.

10. Konsep Berkongsi

Kalau pinjam baju tu dah biasa sangat. Apa kata kali ini kamu anjurkan a game night di rumah dan saling tukar permainan papan dengan mereka.

11. Tukar Strategi

Lupakan set DVD yang mahal. Daripada membeli CD setiap bulan, kamu boleh luangkan masa setiap hari di depan komputer untuk mengikuti pelbagai genre menarik di tonton.com.my.

12. Belajar Berniaga

Jangan biarkan barang lama berhabuk begitu saja. Jual apa sahaja kelengkapan di rumah yang kamu fikir tak berguna lagi. Sebelum dimakan anai-anai apa kata berniaga di Facebook atau iklankan di Mudah.com.

13. Tolong-menolong

Tumpangkan kawan serumah jika pejabat kalian berdekatan. Tak salah bahagi dua kos minyak kereta dan juga tol. Jika dapat berkongsi lebih ramai, maka dah tentu lebih jimat, betul tak?

14. Peringatan

Tulis notis “Jangan lupa tutup suis lampu sebelum keluar rumah!” dan lekatkan di pintu bilik kamu. Bukan apa, padah terlupa dan membazir pula nanti.

15. Membeli-belah

Amalkan beli barangan dapur di kedai runcit kerana ia lebih murah!

16. Makan di Rumah

Hai si anak dara, dah sampai masa kamu belajar memasak. Setiap minggu makan di luar, memang mengundang pokai jawabnya. Pelajari masakan kegemaran suami, jadi tidaklah rasa tak menyumbang apa-apa.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor