50 Cara Mudah Dan Bijak Jimat Duit (Tanpa Perlu Berkorban) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

50 Cara Mudah Dan Bijak Jimat Duit (Tanpa Perlu Berkorban)

Pelajari helah berguna untuk ada duit ekstra. Kamu tak mungkin bankrap jika bijak mengurus kewangan!

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jimat Sewaktu Melancong

1. Tinjau Harga Tiket

Walaupun kamu melancong secara berkumpulan, cuba tanya harga tempat duduk untuk seorang dulu. Cari seat paling murah kemudian tanyakan pula harga berkumpulan. Jika harga tempat duduk berkumpulan lebih mahal, maka beli saja tiket satu demi satu.

2. Usah Bayar Lebih

Syarikat penerbangan pasti akan caj kamu untuk tempahan awal tempat duduk. Dari bayar lebih, ada baiknya kamu periksa secara online 24 jam lebih awal untuk dapatkan tempat yang kamu mahukan.

3. Tak Perlu Tempah Awal

Layari iwantthatflight.com.au. Tiada caj untuk semua penerbangan tak kiralah antarabangsa mahupun domestik.

4. Bandingkan Insurans Perjalanan

Bosan! Tapi ‘wajib’ ada. Senaraikan semua insuran pelancongan paling murah sebelum kamu nak berjalan jauh dan pilih yang terbaik untukmu.

5. Sewa Rumah!

Mengapa pilih untuk tinggal di hotel lima bintang jika tujuan kamu membeli-belah dan menikmati keindahan panorama? Sewa rumah pasti lebih murah di airbnb.com.

6. Bayaran Berganda

Apabila membuat sebarang pengeluaran wang tunai di luar negara, sebaiknya kamu bawa bersama kad kredit tanpa sebarang caj. Layari ringgitplus.com untuk ketahui kad kredit mana paling sesuai!

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor