Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
tumbuhan dalam bilik tidur

5 Tumbuhan Yang Patut Kamu Letak Di Bilik Tidur

Kamu perlukan sumber oksigen yang baik di dalam bilik. Sistem pengudaraan yang bagus membantu kamu tidur dengan lena. Tiada tingkap di dalam bilik tidur kamu? Apa kata cuba tanam pokok pula.

Tetapi bukan sebarang pokok kamu boleh letak dalam bilik tidur. Kebanyakan tumbuhan perlukan cahaya dan pengudaraan yang baik untuk membesar dengan subur. Cosmo senaraikan lima jenis tumbuhan yang bukan sahaja bagus diletakkan dalam ruang kamar, tetapi membantu kamu tidur dengan lebih lena.

tumbuhan dalam bilik tidur

1. Bunga Jasmine

Jasmine adalah tumbuhan yang rimbun dan menjalar dengan putik bunga berwarna putih atau merah jambu. Jasmine sangat mujarab membantu mengurangkan tekanan dan stres kerana haruman yang menyegarkan. Jasmine aktif ketika waktu malam dengan mengeluarkan haruman yang membuatkan kamu segar bila bangun tidur. Cuba letak sepasu bunga jasmine dalam bilik tidur kamu dan rasai sendiri ketenangan yang mengasyikkan itu. Amboi!

tumbuhan dalam bilik tidur

2. Lavender

Lavender memang terkenal sebagai tumbuhan dengan aroma yang membantu meredakan stres! Harumannya mampu menurunkan kadar tekanan darah dan mengurangkan keresahan. Apatah lagi jika kamu membakar lilin beraroma lavender ketika tidur. Mungkin kamu akan terus tidur sampai ke petang esoknya?

tumbuhan dalam bilik tidur

3. Snake Plant

Pokok ular ini kerap dijadikan sebagai tumbuhan hiasan di taman mini. Rupanya ia sangat membantu tumbuhan lain kerana pokok ular melepaskan karbon dioksida pada waktu malam dan menukarkannya kepada oksigen dengan banyak. Malah kamu juga mudah untuk menjaganya kerana pokok ular hanya perlu disiram dengan air sekali dalam dua minggu.

tumbuhan dalam bilik tidur

4. Lidah Buaya

Lidah buaya atau aloevera mudah untuk dijaga dan cepat membesar dan menghasilkan banyak bahagian daun. Malah jel alovera juga sesuai disapu pada kulit sebelum tidur untuk kulit yang lebih bersih, segar, lembap dan bebas jerawat.

tumbuhan dalam bilik tidur

5. English Ivy

English Ivy adalah tumbuhan menjalar yang mudah diuruskan. Ia juga terkenal sebagai tumbuhan yang boleh membantu masalah asthma dan alahan. Malah ia juga membantu masalah pernafasan dengan membersihkan kandungan udara yang kotor dalam bilik tidur kamu. Kamu boleh tanamnya di dalam bunga dan gantungkannya di tempat tinggi. Oleh kerana ia tumbuh secara menjalar, jangan lupa potong bahagian dahan yang berlebihan supaya tidak dicapai oleh kanak-kanak.

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness