Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Tuduhan Kenapa Kamu Masih Single (Dan Cara Bidas!)

Adakah kawan dan keluarga rasa mereka lebih tahu kenapa kamu masih single? Well, they don’t. Cosmo kupas lima sebab (read: Tuduhan) paling biasa yang pernah digunakan.

Foto: Shutterstock.com

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

TUDUHAN 5: “BANYAK ISULAH KAMU NI!”

Kamu fobia dengan komitmen? Takut intimasi? Terlalu rapat dengan ayah? Tak rapat sangat? Jika kamu wanita solo yang lebih suka kekal solo, senarai tuduhan kamu jauh lebih panjang.

Let’s face it: Jika semua orang perlu mengetepikan bebanan psikologi sebelum mencari pasangan, pasti ramai lagi insan yang sendirian di dunia ini. Sudah pasti ramai kawan kamu yang dah berpunya telah tunjukkan, tak mustahil untuk bahagia dalam perhubungan walaupun kamu rasa tak yakin di parti atau bencikan saiz pahamu. Dan ya, sudah tentu ada dilema emosi – daripada takut nak luahkan perasaan kepada masalah personaliti yang serius – janganlah jadikannya penghalang kepada perhubungan cinta.

Fikirkannya sebegini: What if isu itu sebenarnya kamu seorang saja rasa ia wujud dan itulah yang menjadi penghalang? Apa kata kamu berhenti defining yourself sebagai seorang yang rendah keyakinan diri atau sebagainya? Apa kata kamu lihat dirimu sebagai manusia tak sempurna tapi tetap penyayang? Mungkin kamu masih sendirian sebab kamu masih belum temui jejaka yang sesuai?

KALAU DIPERSOAL, KATAKAN…

“And you don’t?”

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor