5 Tuduhan Kenapa Kamu Masih Single (Dan Cara Bidas!)
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Tuduhan Kenapa Kamu Masih Single (Dan Cara Bidas!)

Adakah kawan dan keluarga rasa mereka lebih tahu kenapa kamu masih single? Well, they don’t. Cosmo kupas lima sebab (read: Tuduhan) paling biasa yang pernah digunakan.

Foto: Shutterstock.com

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

TUDUHAN 4: “KAMU SEPATUTNYA DAH KAWIN DENGAN LELAKI TU.”

Bila *Julia (nama telah diubah) putuskan hubungan dengan Joe, ibu dan adiknya beritahu dia terlalu letakkan harapan tinggi pada perhubungan. Julia tak nafikan Joe lelaki yang baik, tapi dia langsung tak rasa the spark, sebab itu mereka putus. Julia risau jika standard yang ditetapkan terlalu tinggi…sehinggalah dia berkenalan dengan Man, yang mengesahkan “Saya tak gila. Saya tahu apa yang saya nak dan akan mempertahankannya!” katanya.

“Liza, seorang penerbit TV, mengaku dia ada tetapkan ciri tertentu: Bakal teman lelaki kena suka seni dan tinggal di KL. Kemudian dia berkenalan dengan Dhani – tinggal di pinggir kota dan langsung tak suka ke pameran seni. Dah 10 tahun mereka berkahwin. Adakah ini bermakna Liza menyerah diri? “Tidaklah! Saya sebenarnya amat bertuah,” katanya yang memadam senarai tadi tapi masih bergantung kepada naluri. Dia mendapati Dhani bijak dan menarik perhatian, dan lelaki itu melayannya seperti wanita paling cantik di dunia. Biarlah jika si dia tak minat orchestra. Bagaimana nak tahu jika kamu dah ‘serah diri’? Mudah. Bila kamu sendiri yang membenarkannya.

KALAU DIPERSOAL, KATAKAN…

“Saya takut kami bercerai pula selepas berkahwin nanti sebab tak sefahaman. Baik pilih betul-betul.”

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor