Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Tuduhan Kenapa Kamu Masih Single (Dan Cara Bidas!)

Adakah kawan dan keluarga rasa mereka lebih tahu kenapa kamu masih single? Well, they don’t. Cosmo kupas lima sebab (read: Tuduhan) paling biasa yang pernah digunakan.

Foto: Shutterstock.com

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

TUDUHAN 3: “KAMU TAK PANDAI NAK CARI.”

Media suka anggap janji temu seperti perlawanan tenis kosmik – setiap wanita seperti dalam pasukan yang kalah. Lelaki solo pula dilihat sebagai pemenang, bersorak kerana mereka ada banyak pilihan dan kebebasan sebagai bachelor.

Disebabkan itu, si gadis pula kena be on the defence. Kalau si dia tangguh date? Gagal telefon pada waktu dijanjikan? Terus ‘angkat kaki’. Untuk menang dalam percintaan, wanita kena letak dirinya bak patung besar di tengah laman – meminta makan malam percuma dan hanya menerima janji temu yang telah ditempah jauh lebih awal.

Kenyataannya, semua lelaki dan wanita mencari satu benda yang sama: Seseorang untuk dicintai. Jadi, bagaimana nak tahu jika kamu sedang beralasan untuk lelaki yang memang jengkel, terlalu kasar atau mudah terlupa?

Kamu kena pegang pada ayat ini: How does he make you feel? Adakah sesuatu yang membuatkan kamu teruja atau penggera dalaman kamu berbunyi? Namun, ada kemungkinan kamu akan tersalah pilih lelaki yang berperangai buruk. Daripada terus menetapkan peraturan tertentu tentang apa yang kamu tak boleh terima, bukankah lebih fearless untuk berjanji temu dengan kesedaran yang kamu mungkin terluka tapi akan survive?

KALAU DIPERSOAL, KATAKAN…

“Ini bukan sukan untuk I, so tak perlu nak berlumba. Sebab I cari teman lelaki, bukannya piala.”

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor