Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Tuduhan Kenapa Kamu Masih Single (Dan Cara Bidas!)

Adakah kawan dan keluarga rasa mereka lebih tahu kenapa kamu masih single? Well, they don’t. Cosmo kupas lima sebab (read: Tuduhan) paling biasa yang pernah digunakan.

Foto: Shutterstock.com

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

TUDUHAN 2: “KAMU TERLALU MEMILIH!”

Bila ditanya kepada wanita mengenai apa kawan dan keluarga mereka kata tentang status solo mereka, ini adalah alasan favourite. Ia alasan selamat kerana sudah tentu susah untuk buktikan sebaliknya. Jika teman lelaki kamu meninggikan suara kepada seorang pelayan, alasan mereka mungkin teman lelaki kamu tu sedang lalui hari yang teruk. “Berilah dia peluang!” adalah pujukan untuk kamu terima si dia. Tapi bagaimana jika si dia memang seorang yang teruk?

Kawan-kawan bukan nak buat kamu rasa murung, mungkin ada sebabnya kenapa mereka tuduh kamu terlalu memilih: You asked for it…atau banyak complain tentang teman lelaki hingga mereka terpaksa come out dengan satu alasan. Jalan keluar: Tak perlu cerita apa-apa. Mempercayai pemikiran sendiri berbanding pandangan 12 teman rapat akan buat kamu rasa ‘merdeka’. Kamu tak perlu nak jelaskan panjang lebar kenapa kamu tak keluar kali ketiga dengan lelaki itu jika tiada siapa tahu mengenai date pertama. Betul tak?

KALAU DIPERSOAL, KATAKAN…

“I nak cari teman hidup, bukan sofa.”

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor