5 Tuduhan Kenapa Kamu Masih Single (Dan Cara Bidas!)
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Tuduhan Kenapa Kamu Masih Single (Dan Cara Bidas!)

Adakah kawan dan keluarga rasa mereka lebih tahu kenapa kamu masih single? Well, they don’t. Cosmo kupas lima sebab (read: Tuduhan) paling biasa yang pernah digunakan.

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

TUDUHAN 1: “KAMU TERLALU BERDIKARI!”

Bertahun lamanya, ramai beritahu *Suzanne (nama telah diubah) bahawa keyakinan dan kejayaannya dalam kerjaya membuatkannya nampak intimidating. Dia bukanlah CEO – dia hanya perunding komunikasi yang memiliki sebuah rumah dan beberapa kereta. Dan secara kebetulan dia memang suka makan sendirian di restorang Jepun.

“Kawan-kawan lelaki pernah cakap gaya hidup saya buat lelaki takut, sebab saya tak mungkin ada masa untuk mereka. Katanya, saya kena nampak vulnerable. Bagaimana nak tunjuk pada seseorang yang ada ruang untuknya tanpa kelihatan seperti wanita yang lemah dan needy?” katanya. Itulah masalahnya, kan? Kamu baru nak menuju puncak kejayaan dengan aset dan kerjaya hebat, ada pula yang berani kata bahawa apa kamu miliki tu mungkin jadi penghalang untuk peroleh cinta.

Kesimpulannya daripada gadis berdikari, kamu terpaksa ‘berlakon’ sebagai wanita yang memerlukan semata-mata untuk dapatkan teman lelaki. Walaupun ia mungkin hanya sementara, ia tak boleh menggembirakan kamu. Memanglah ada lelaki dangkal yang menggelabah bila seseorang wanita itu boleh baiki paip bocor atau mampu beli rumah sendiri, tapi tak semua lelaki sedemikian. Daripada cuba jatuhkan semangat diri hanya kerana nak puaskan hati seorang lelaki, apa kata tunggu lelaki yang boleh jadi tukang sorak bila kamu dinaikkan pangkat.

KALAU DIPERSOAL, KATAKAN…

“I tak sangka wujud lagi lelaki yang jiwanya tak kental! Tak apa, I sanggup tunggu lelaki yang mampu terima diri I.”

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor