5 Topik Penting Kamu Kena Kongsi Dengan BFF - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
5 Topik Penting Kamu Kena Kongsi Dengan BFF

5 Topik Penting Kamu Kena Kongsi Dengan BFF

Ya, dia teman baik kamu dan kamu rasa seperti sudah sembang segala perkara dengannya. Are you sure? Mungkin ya, mungkin tidak. Apa pun, Cosmo senaraikan lima topik penting untuk kamu bualkan dengan BFF kamu. Just like Sex and The City, darling!

5 Topik Penting Kena Kongsi Dengan BFF

Foto: Shutterstock.com

 

1) Masalah ‘Miss V’

Memanglah tiada siapa nak dengar tentang isu keputihan bila kamu sedang ‘syok’ menikmati makan malam, tapi ada gunanya menyentuh topik itu dengan girlfriends kamu. Menurut pakar ginekologi, ramai wanita rasa rendah diri mengenai bahagian intim mereka kerana bimbang ia tak normal atau risau mereka terkena jangkitan. Berbual dengan teman akan buat kamu rasa lebih lega. Mereka akan beritahu sama ada ia normal atau bila sewajarnya kamu perlu berjumpa doktor.

 

2) Hal Kewangan

Cakap besar mengenai kenaikan gaji yang gempak tidak akan mengindahkan persahabatan tapi berkongsi kebimbangan dapat bantu perbaiki situasi kewanganmu. Berkongsi pandangan mengenai tip berjimat atau tambah duit amatlah berguna. Sebagai contoh, seorang teman yang dah letak deposit tinggi untuk beli rumah boleh kongsi bagaimana dia berjimat setiap bulan. Jika kamu mempunyai latar belakang kewangan yang mantap, beringat okey. Tak semua orang akan suka a know-it-all person. Jangan fikir kamu ada jawapan untuk semua permasalahan mereka.

 

3) Isu Di Ranjang

Kajian terbaru mengatakan, mereka yang berusia 25 hingga 34 tahun kurang berpuas hati dengan kehidupan seks mereka. Disebabkan kurang pengetahuan, ada baiknya kamu boleh berkongsi tip dengan teman. Pakar seks mengatakan, bila kamu meluahkan kebimbangan sama ada kurang nafsu atau bosan dengan pasangan, ia akan membina keyakinan kamu untuk bangkitkan isu ini dengan suami, doktor atau kaunselor seks. Tapi jangan pula kamu bermegah-megah dengan kehidupan seks kamu dan suami. TMI!

 

4) Masalah Jiwa

Kamu merungut harimu begitu menyedihkan, tapi adakah sebenarnya keseluruhan hidupmu yang rasa crappy? Kesihatan mental biasanya satu topik yang agak taboo, walaupun ramai wanita pernah alami kemurungan. Risau jika temanmu sedang murung? Jadi penting untuk kamu dengar luahan hatinya dan tunjukkan yang kamu ambil berat. Cara lain, bawanya berjumpa doktor untuk rawatan sewajarnya jika kemurungan tersebut sudah berada tahap kronik. Itulah teman terbaik!

 

5) Rasa Cemburu

Seorang daripada teman baikmu dapat naik pangkat besar tapi kamu masih di takuk lama, atau dia beritahu akan naik pelamin tak lama lagi. Adakah kamu ketap bibir atau mengucapkan tahniah? Sewajarnya kamu beri reaksi dewasa dan meraikan kejayaannya. Katakan sesuatu seperti “Saya bangga dengan pencapaian kamu dan terfikir pula kedudukan saya sekarang.” Pasti kalian boleh terus berbual dari situ. Ingat! Komunikasi sangat penting. Jadi apabila kamu bualkan perkara tersebut, tidaklah rasa cemburu itu membuak-buak.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert