Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Topik Paling Kerap Teman Lelaki Kamu Google

Lelaki juga seperti wanita, penuh dengan perasaan curiga. Mereka juga mahukan jawapan pada persoalan yang sering bermain di kotak fikiran mereka. Tetapi lelaki agak licik dalam menyembunyikan perkara itu.

50563214 - jealous woman spying her husband mobile phone while he is reading a message

Cosmo dedahkan lima topik atau carian yang kerap lelaki cari di laman google. Jadi kalau teman lelaki kamu senyap dan asyik bermain telefon ketika makan malam, jangan risau! Mereka mungkin bukan curang dengan wanita lain, tetapi sedang mencari sesuatu di Google.

Kereta 

Topik tipikal, tetapi lelaki memang suka untuk ketahui tentang kereta. Tinjauan antarabangsa menunjukkan carian di Google paling tinggi oleh lelaki ialah kereta. Mereka mahu tahu ciri dan kuasa enjin kereta idaman mereka.

Walaupun mereka tahu, mungkin kereta idaman itu seperti sukar untuk dimiliki. Fakta tentang lelaki bujang yang masih belum berkahwin kebanyakannya telah menghabiskan duit untuk kereta mereka. Jadi kamu dah tahu di mana tempat kamu di sisinya. Nombor dua selepas kereta.

Seks

Kamu mungkin berfikiran yang semua lelaki gemar bergurau lucah dan mereka tidak segan berbicara tentang seks bersama rakan. Betul, tetapi pengetahuan seks lebih didominasi oleh wanita.

Lelaki lebih kepada praktikal berbanding teori. Jadi kamu dah boleh agak yang laman web mana mereka kerap kunjungi, kan?

Gajet

Topik gajet jatuh di tangga ketiga dalam carian Google oleh lelaki. Kalau bukan kereta, kebanyakan lelaki obses dengan gajet terbaru. Tidak kira telefon pintar, permainan video ataupun kamera dengan ciri terbaik, lelaki akan menghabiskan masa membuka laman web berkaitan gajet.

Kalau kamu sering kunjungi laman web fesyen, mereka juga suka shopping dalam talian untuk membeli kelengkapan gajet.

Selebriti/Model Hangat

Kenapa perlu marah bila teman lelaki kamu Google tentang Miranda Kerr sedangkan kamu juga Google tentang Chris Hemsworth? Sama seperti kamu, mereka juga mahu mencuci mata melihat foto-foto supermodel dan selebriti yang memiliki tubuh hangat.

Mungkin sudah bosan melihat tubuh kamu? Jangan tak tahu mereka juga kenal kebanyakan selebriti Hollywood seperti kamu!

Lokasi Percutian

Lelaki zaman sekarang gemar mengembara ke luar negara. Apatah lagi mereka dan rakan lelaki sering merancang bercuti bersama secara senyap-senyap. Bagi sesetengah mereka, bercuti dengan teman wanita leceh dan merumitkan. Tambahan pula lelaki lebih gemarkan backpacking. Kamu sanggup?

Foto: 123rf.com

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness