Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Tip Untuk Kamu Yang Tak Cukup Masa

Untuk hangatkan lagi hubungan dengan suami, why not? Satu kajian terbaru mendapati mereka yang sanggup lakukan aksi nakal lebih gembira dan rasa selamat dengan perhubungannya berbanding pasangan yang melakukan ‘seks vanila’. Jika kamu teringin nak bermanja dengan si dia tapi belum cukup tenaga nak ‘terbalikkan’ kamar tidur, cuba saja quickies berikut.

22035437_l

1) Gunakan kostum.

Jika ada jemputan untuk parti kostum, kamu boleh ambil kesempatan untuk sesi menggoda dengan si dia. Sama ada kamu jadi polis atau vampire seksi, terkam ‘pesalah’ kamu itu hanya untuk beberapa minit sebelum kalian keluar rumah. Kalau tiba fashionably late pun, hanya kalian saja yang tahu sebabnya.

2) Ikatan halimunan.

Kamu tak perlu pun ikat si dia dengan tali atau menggarinya. Arahkannya untuk tidak bergerak (“Letak tangan you di atas kepala dan jangan bergerak, kalau tidak…”). Gunakan imaginasi kamu untuk menghukumnya jika dia melanggar perintah!

3) Ceroboh waktu beradunya.

Kamu bangun tiga minit sebelum alat penggera kamu berbunyi. Tanggalkan pakaian tidur dan ambil kain untuk tutup matanya. Kemudian lakukan apa yang kamu mahu.

4) Hangatkan diri ketika mandi.

Tempat mandi pancur adalah lokasi terbaik untuk a quickie. Di sini, kamu boleh gunakan kreativiti dan keselesaan masing-masing untuk mencari posisi dan gerak-geri yang boleh buat kalian klimaks bersama.

5) Dua dalam satu.

Entah mengapa, bila si dia menggoda kamu kala kamu sedang sibuk, ia terasa cukup hot. Bila sedang bersolek di kamar mandi, panggil si dia masuk dengan alasan untuk temani kamu. Kemudian selak robe kamu dan minta suami berikan servis istimewa sementara kamu terus menyapu maskara!

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert