5 Tip Cinta Sihat-Dan-Kuat Selamanya - Page 5 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Tip Cinta Sihat-Dan-Kuat Selamanya

Siapa tak mahu perhubungan yang stabil dan seimbang dicampur dengan tarikan kimia cinta yang sentiasa segar untuk jangka masa yang panjang? Selain bertolak ansur, ambil kira langkah mudah ini agar kamu sentiasa bahagia di sisi si dia.

Foto: Shutterstock.com

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

5. JANGAN TINGGAL KAWAN

Kenapa perlu? Kalau ikutkan hati, setiap perkara pun nak ceritakan kepada si dia, tak kira berita baik mahupun jadi tempat mengadu masalah. Hanya kerana si dia buah hati kamu, tak bermakna dia juga perlu jadi teman baikmu. Wanita mempunyai hubungan istimewa dan berbeza dengan kawan baiknya. Dan tak semua perkara si dia dapat fahami sebaik teman baikmu yang boleh memberikan empati pada situasi yang kamu lalui.

Lagipun, wanita akan kecewa apabila mengharapkan buah hatinya menjadi seperti kawan baik tapi tidak memberikan ‘hasil’ atau reaksi yang sama. Daripada kamu mencari si dia untuk memahami segala emosi dan perasaan yang kamu sedang hadapi, lebih baik kamu cari seseorang yang akan memberi reaksi teruja bila kamu sampaikan berita tersebut.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor