5 Tip Cinta Sihat-Dan-Kuat Selamanya - Page 2 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Tip Cinta Sihat-Dan-Kuat Selamanya

Siapa tak mahu perhubungan yang stabil dan seimbang dicampur dengan tarikan kimia cinta yang sentiasa segar untuk jangka masa yang panjang? Selain bertolak ansur, ambil kira langkah mudah ini agar kamu sentiasa bahagia di sisi si dia.

Foto: Shutterstock.com

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. WAKTU KUALITI BERSAMA

Kenapa perlu? Apatah lagi jika perhubungan kalian dah berlangsung untuk satu tempoh yang panjang terutama bagi pasangan yang sudah berkahwin. Kesibukan dalam rutin harian seperti tuntutan kerjaya, bos minta outstation berhari-hari lamanya, kena uruskan majlis perkahwinan adik yang bakal berlangsung…sudah tentu akan ‘merenggangkan’ hubungan kalian.

Bila dapat peluang untuk habiskan masa bersama, gestures kecil seperti urutan segera di lehernya di khalayak ramai akan memberikan instant connection. Bila duduk berbual, apa kata kalian bermain permainan ‘kalaulah…’ dan bergilirlah tanya soalan seperti ‘kalaulah you ada sejuta ringgit?’ atau ‘kalaulah you ada lima hari saja nak hidup?’ Jawapan diberi mungkin memberikan perspektif baru tentang pasangan kamu itu.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor