Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Tip Cinta Sihat-Dan-Kuat Selamanya

Siapa tak mahu perhubungan yang stabil dan seimbang dicampur dengan tarikan kimia cinta yang sentiasa segar untuk jangka masa yang panjang? Selain bertolak ansur, ambil kira langkah mudah ini agar kamu sentiasa bahagia di sisi si dia.

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. MELUAH PERASAAN

Kenapa perlu? Satu daripada perkara asas dalam sesebuah perhubungan adalah kemampuan kamu untuk meluahkan perasaan kepada pasangan. Ia penting kerana si dia akan lebih memahami apa yang kamu rasai dan daripada situ bertindak sewajarnya. Namun, bersedia jika dia tidak bersetuju dengan kehendak kamu itu. Apa kata kamu cari jalan tengah yang boleh dipersetujui bersama.

Katakanlah keadaan menjadi ‘panas’, kalian berselisih faham contohnya, gunakan nama manjanya sewaktu kalian sedang bertekak. Menurut satu kajian, menggunakan ayat seperti “Sayang, I kalau boleh taknak gaduh dengan you” mampu meredakan keadaan tegang tadi.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor