Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
happy morning

5 Tip Buat Kamu Gembira Waktu Pagi

Bukan semua orang suka bangun waktu pagi. Apatah lagi kerana perlu ke pejabat seawal mungkin bagi mengelak kesesakan lalu lintas. Ada juga yang sanggup menipu jatuh sakit hanya kerana malas bangun pagi. Lebih baik tidur!

happy morning

Bangun waktu pagi sebenarnya memberi manfaat hebat kepada kamu. Namun untuk memulakan pagi kamu dengan mood yang baik sebenarnya amat mudah! Ingat tak pepatah Inggeris pernah berkata,’The early bird catches the worm’? Bermakna bangun waktu pagi adalah gambaran terbaik untuk mengejar kejayaan. Cosmo senaraikan beberapa tabiat yang jika kamu amalkan sebaik bangun pagi, kamu akan bersemangat dan menjadi lebih produktif sepanjang hari.

1. Minum air kosong

Klisenya, tapi berapa ramai yang amalkan? Minum segelas air kosong sebaik sahaja kamu bangun tidur sebelum menggosok gigi. Ianya bukan sahaja menyegarkan, tapi membantu membersihkan dalaman tubuh dan membuang toksin. Rakyat jepun juga mengamalkan petua ini untuk awet muda.

2. Memberus badan

Kedengaran pelik, tapi memberus badan dengan berus bulu lembut melancarkan peredaran darah. Mulakan memberus di tapak kaki, ke betis dan peha. Kemudian berus perut secara membulat melawan arah jam dan seterusnya di bahagian dada. Lakukannya ketika kulit kamu kering sebelum mandi. Petua ini diamalkan oleh Miranda Kerr untuk awet muda!

3. Kopi atau teh?

Terpulang sebenarnya kerana kedua-duanya baik untuk tubuh jika diambil dalam kuantiti yang terkawal. Tubuh kamu perlukan tenaga jadi kopi dengan gula atau teh hijau meyegarkan badan. Tapi, lebih baik jika dihidangkan sejuk. Ya, air sejuk di waktu pagi meransang otak dan membantu meningkatkan kadar metabolisme badan. Fakta tau!

4. Pilih emosi

Pakar psikologi berkata, setiap pagi kamu harus memberitahu diri kamu yang kamu mahu menjadi gembira sepanjang hari. Mereka yang sering marah di waktu pagi sebenarnya membenarkan ianya berlaku. Jadi, setiap pagi sebelum keluar rumah, pesan pada diri yang kamu mahu menjadi gembira dan positif!

5. Dengar muzik

Mendengar muzik dan lagu kegemaran meransang minda dan membaiki emosi kamu. Muat naik senarai lagu yang menggembirakan dan mainkannya sepanjang perjalanan sehingga ke pejabat. Mood kamu pasti gembira dan kamu mungkin menyanyi bersama! Cuba cari happy songs playlist di Youtube dan dengar kesemua senarai lagu tersebut. Selepas ini tiada siapa yang boleh membuatkan kamu marah dan sedih kerana kamu yang mengawal keadaan dan diri kamu!

 

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness