Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
hapuskan double chin

5 Tip Berkesan Hapuskan Double Chin

Puas kawal pemakanan namun wajah kamu masih lagi berisi? Sehingga kamu terpaksa menggunakan teknik contouring untuk pastikan wajah kamu kelihatan runcing. Cosmo senaraikan tip mengecilkan pipi dan menghapuskan double chin!

hapuskan double chin

1. Gula-gula getah

Wajah kamu juga perlukan senaman seperti anggota tubuh yang lain. Kunyah gula-gula getah tanpa gula (sugar free gum) sebagai senaman otot wajah. Bukan sahaja mampu mengecilkan wajah kamu, malah membersihkan gigi dan gusi. Caranya, rajin-rajinlah kunyah gula-gula getah ketika memandu, melakukan kerja ataupun menonton televisyen. Mudah, kan?

2. Krim Mentega Koko (cocoa butter)

Krim ini boleh didapati di semua farmasi kesihatan. Panaskan dua sudu krim mentega koko di dalam microwave untuk 30 saat. Urut krim di bahagian tengkuk, leher dan rahang wajah selama 5 minit dengan urutan menaik. Lakukannya dua kali sehari sebelum mandi di waktu pagi dan sebelum tidur. Bukan sahaja mampu membentuk wajah malah melembapkan kulit kamu.

hapuskan double chin

3. Senaman Dagu

Tegakkan badan kamu dalam posisi duduk, dan dongakkan kepala perlahan-lahan seperti kamu memandang syiling. Kemudian, bentukkan bibir kamu seperti mahu mencium sesuatu (gaya duck face). lakukannya selama 5 saat dan ulang gerakan ini 5 ke 10 kali, setiap hari ketika bangun dari tidur.

4. Memutar Leher

Senaman ini sangat mudah dilakukan di mana-mana sahaja, ketika menunggu bas, di dalam LRT mahupun di hadapan komputer kamu! Pusing kepala kamu mengikut arah lawan jam atau sebaliknya dengan posisi badan yang tegak. Lakukan lima putaran setiap satu sesi, untuk tiga set setiap hari.

5. Say No To Sugar!

Pengambilan gula berlebihan menyebabkan wajah kamu membengkak kerana lemak berlebihan terkumpul disitu. Tidur terlalu lama tidak bukan punca pipi dan dagu kamu berlapis. Jadi, banyakkan minum air kosong dan elakkan minum minuman manis sebelum tidur.

Foto: 123rf.com

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness