Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Tip Berjimat Ketika Melancong

Cosmo kongsikan helah mudah untuk percutian yang lebih jimat dan berbaloi!

 

Percutian Singkat
Selalunya lagi lama bercuti, lagi seronok, kan? Tetapi kajian menunjukkan keterujaan menanti tibanya hari percutian itu yang menambah kegembiraan. Jadi, percutian quickie dengan bajet kecil sudah memadai untuk berikan perasaan gembira itu.

Peka Dengan Tawaran
Ada destinasi idaman? Apa kata kamu subscribe ke laman web seperti Expedia atau Agoda dan dapatkan notis tawaran percutian setiap hari. Bukan itu saja, mereka juga turut memberi cadangan beberapa hotel yang menawarkan harga rendah dan menjimatkan.

Rekrut Teman
Kamu boleh jimat banyak jika berkongsi bajet sewa kereta, bilik hotel dan perbelanjaan untuk makanan dengan teman-teman. Malah kamu juga boleh minta harga berkumpulan untuk aktiviti-aktiviti yang ditawarkan semasa bercuti. Cosmo cadangkan kamu guna aplikasi Splitwise untuk bahagi kos perbelanjaan dengan mudah.

Menangi Percutian
Ada banyak hotel dan lokasi percutian yang selalu mengadakan peraduan untuk kamu menangi pakej percutian atau dapatkan diskaun untuk bilik hotel melalui Instagram, Facebook ataupun Twitter. Pastikan kamu periksa dulu sebelum buat tempahan ya. Manalah tahu kamu boleh jadi pemenang bertuah!

Bandingkan Pilihan
Pastikan kamu bandingkan harga untuk ke sesuatu lokasi. Buat kira-kira yang mana satu lebih murah: Memandu ke lokasi tersebut ataupun menaiki kapal terbang, contohnya. Dan selidik juga kos untuk bergerak dalam negara tersebut kerana kemungkinan besar lebih murah jika kamu gunakan kenderaan awam saja. Jika ada teman-teman kamu yang pernah ke sana, jangan lupa tanyakan kos pengangkutan dari lokasi A ke B.

 

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist