5 Tarikan Menarik Perlu Dikunjungi Jika Kamu Melancong Ke Perth, Australia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Tarikan Menarik Perlu Dikunjungi Jika Kamu Melancong Ke Perth, Australia

Tak salah jika kamu mahu shopping sakan, tapi rugi rasanya jika kamu tak manfaatkan masa yang ada untuk menikmati keindahan alam dan aktiviti menarik yang menanti kamu di Perth. Cosmo senaraikan lima lokasi menarik yang perlu kamu tuju bila berada di sana.

Foto: Shutterstock.com

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

5. Kota Mandurah

Jarak dari Perth: 83km

Selain aktiviti membeli-belah dan makan-makan di Dolphin Quay, Cosmo sarankan kamu menaiki bot iaitu Mandurah Cruises (sekitar RM80 untuk dewasa) yang akan membawa kamu mengelilingi terusan perumahan mewah selama satu jam. Jika bertuah, kamu mungkin dapat menyaksikan gelagat comel dolphin liar melompat dan bermain-main di bawah bot! Sebaiknya kamu pilih boat trip jam 3 atau 4 petang ke atas kerana pada waktu ini kamu boleh saksikan keindahan senja dan pemandangan matahari terbenam yang cukup indah.

Tip: Jangan lepaskan peluang untuk nikmati fish n’ chips terbaik di Perth di restoran Cicerello’s, terletak betul-betul di sebelah jeti. Ambil tempat duduk di bahagian luar di tingkat atas, jadi kamu boleh makan sambil nikmati pemandangan.

                                                                                           Foto: Gopackup.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor