Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Tarikan Menarik Perlu Dikunjungi Jika Kamu Melancong Ke Perth, Australia

Tak salah jika kamu mahu shopping sakan, tapi rugi rasanya jika kamu tak manfaatkan masa yang ada untuk menikmati keindahan alam dan aktiviti menarik yang menanti kamu di Perth. Cosmo senaraikan lima lokasi menarik yang perlu kamu tuju bila berada di sana.

Foto: Shutterstock.com

5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

4. Kota Fremantle

Jarak dari Perth: 19km

Perkara pertama yang perlu kamu buat bila ke sini: Menikmati pemandangan laut yang indah membiru! Selepas puas tenangkan fikiran di jeti ini, bolehlah kamu melihat sekitarnya yang terkenal dengan keunikan bangunan dari zaman penjajahan yang cukup menarik. Kalau kamu minat sejarah, jangan lepaskan peluang melawat Round House (penjara lama dan bangunan tertua di Australian Barat) serta penjara besar seluas 60,000 kaki persegi yang kini dijadikan muzium.

Tip: Jadi jika nak dapatkan buah-buahan segar, kraftangan atau cenderahati dengan harga agak murah, datang saja ke Fremantle Markets yang dibuka dari hari Jumaat hingga Ahad.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor