Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Tarikan Menarik Perlu Dikunjungi Jika Kamu Melancong Ke Perth, Australia

Tak salah jika kamu mahu shopping sakan, tapi rugi rasanya jika kamu tak manfaatkan masa yang ada untuk menikmati keindahan alam dan aktiviti menarik yang menanti kamu di Perth. Cosmo senaraikan lima lokasi menarik yang perlu kamu tuju bila berada di sana.

Foto: Shutterstock.com

4 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. Caversham Wildlife Park, Whiteman

Jarak dari Perth: 22km

Mana lagi kamu boleh peluk koala dan wombat atau ‘lepak’ bersama kanggaru kalau bukan di sini… Jika datang awal, kamu juga boleh menyaksikan farm show menarik seperti cara mengetam bulu kambing biri-biri, cara memerah susu lembu, menggunakan cemeti dan sebagainya – dan kamu boleh volunteer jika mahu! Bayaran masuk lebih kurang RM80 untuk dewasa, namun kamu boleh ambil gambar bersama binatang sebanyak mana kamu mahu secara percuma.

Tip: Di sini kamu berpeluang beri makan kepada kanggaru! Ambil saja makanan dalam tong yang disediakan dan hulurkan tangan kepada sekumpulan kanggaru di situ. Pasti banyak yang datang berkerumun.

Foto: img.buzzfeed.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor