Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Tarikan Menarik Perlu Dikunjungi Jika Kamu Melancong Ke Perth, Australia

Tak salah jika kamu mahu shopping sakan, tapi rugi rasanya jika kamu tak manfaatkan masa yang ada untuk menikmati keindahan alam dan aktiviti menarik yang menanti kamu di Perth. Cosmo senaraikan lima lokasi menarik yang perlu kamu tuju bila berada di sana.

Foto: Shutterstock.com

3 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Perth Zoo

Jarak dari kota Perth: 5km

Dengan bayaran lebih kurang RM80, kamu boleh rasai pengalaman bagaikan berada di hutan sebenar. Rekaan zoo ini dibuat dengan cukup unik di mana haiwan seperti berada dalam habitat semula jadi mereka. Kamu boleh pilih untuk mengikuti tour satu jam dengan menaiki Zebra Car yang akan membawa kamu mengelilingi zoo. Kalau nak lebih puas, jalan saja supaya kamu dapat hayati pemandangan atau berhenti rehat seketika bila penat.

Tip: Kamu boleh ke sini dengan bas, teksi atau keretapi. Takpun cuba naik feri dari Barrack Street Jetty yang dijadualkan setiap setengah jam atau 15 minit pada waktu puncak.

Foto: Travelhouseuk.co.uk

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor