Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Tarikan Menarik Perlu Dikunjungi Jika Kamu Melancong Ke Perth, Australia

Tak salah jika kamu mahu shopping sakan, tapi rugi rasanya jika kamu tak manfaatkan masa yang ada untuk menikmati keindahan alam dan aktiviti menarik yang menanti kamu di Perth. Cosmo senaraikan lima lokasi menarik yang perlu kamu tuju bila berada di sana.

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Hampir seminggu Cosmo berada di Perth, namun rasa seperti tak puas meneroka kerana terdapat banyak keseronokan dan pengalaman yang sukar untuk diperolehi di mana-mana. Cosmo teruja dengan kehidupan di sini yang agak santai dan mudah. Semua kemudahan yang disediakan tertumpu di tengah-tengah kota contohnya pengangkutan awam termasuk feri, pusat membeli-belah, restoran, kedai, hospital, pejabat dan sebagainya – dan kamu boleh ke sana sini dengan berjalan kaki saja (tak sempat nak berpeluh pun!) Kalau tetap malas nak berjalan, kamu boleh naik shuttle bus CATS yang disediakan secara percuma. Soal makanan halal di sini tak menjadi masalah kerana terdapat banyak restoran Arab dan Asia. Pendek kata, tak mustahil untuk kamu cari nasi lemak dan teh tarik bila tekak teringin! Kamu boleh luangkan masa berjalan-jalan sekitar kota untuk cuci mata dan shopping apa yang perlu (pelan dengan bijak kerana semua kedai dan mall di sini tutup jam 5 petang!). Jika mahu rasai lebih pengalaman menakjubkan, jangan lupa kunjungi lokasi dalam dan luar Perth yang Cosmo cadangkan ini juga ya…

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor