Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
detoks diet

5 Tanda Kamu Perlu Detoks Tubuh Sekarang!

Walaupun kamu mengawal dan berhati-hati memilih jenis makanan, toksin tetap akan terbentuk dalam tubuh! Asap rokok (walaupun kamu tidak merokok), makanan segera, kandungan kafein yang tinggi dan depresi adalah punca kepada pengumpulan toksin dalam badan! 

detoks diet

Toksin tersebut bukan saja mengganggu sistem dalam tubuh malah menyebabkan kamu lesu dan kulit akan menjadi kusam. Cosmo berikan kamu tanda-tanda yang kamu dah boleh amalkan detoks diet untuk menyingkirkan toksin ini.

Tidak Lena Tidur
Jika kamu mengalami insomnia, ia berkemungkinan besar disebabkan peningkatan toksin dalam tubuh. Minum jus sayuran segar tanpa gula seperti brokoli, kubis dan lobak membantu hati menyingkirkan toksin dengan mudah. Yang penting minum air kosong lapan gelas sehari.

 

Berat Badan Naik Mendadak
Toksin yang banyak menyebabkan hormon badan kamu tidak seimbang. Jadi diet yang kamu lakukan juga seakan sia-sia malah berat badan semakin meningkat. Oh no! Amalkan bersenam, clean diet dan berhenti ambil karbohidrat terlalu banyak seperti roti, pasta dan makanan jenis gandum.

 

Keletihan Melampau
Jika kamu tidur 7 hingga 8 jam sehari tetapi masih lagi letih ketika bangun tidur, salahkan toksin! Cuba amalkan minum teh hijau atau air garam laut organik sebelum tidur. Kamu akan berlari ke tandas waktu pagi untuk ‘membuang’ toksin berlebihan.

 

Nafas/Badan Berbau
Badan atau nafas berbau disebabkan hati dan jantung sukar menyingkirkan toksin. Cuba hidu badan dan nafas kamu sendiri kerana selalunya kamu tidak perasan. Kalau ada bau yang kurang enak, amalkan diet sihat dan kurangkan pengambilan produk tenusu.

 

Masalah Penghadaman
Jika kamu jarang ke tandas ataupun rasa bloated setiap kali selepas makan, sukar untuk bernafas ataupun lesu, masa untuk detoks tubuh kamu. Masalah penghadaman juga menyebabkan jerawat tumbuh merata di wajah dan tubuh.

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness