5 Soalan Temu Duga Yang Kamu Perlu Tahu Jawapannya
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Soalan Temu Duga Yang Kamu Perlu Tahu Jawapannya

“Tahniah, kamu boleh mula bekerja esok”!

1. “Bagaimana kamu tahu tentang jawatan ini?”

Ini adalah peluang baik untuk beritahu potential employer yang kamu ada buat kajian. Kalau kamu tahu kerja itu melalui kawan, beritahu nama sebelum ceritakan betapa terujanya kamu mengenai kerja itu. Kalau kamu tahu melalui job site, beritahu mereka prosesnya. Kerja jenis apa yang kamu cari? Dengan syarikat apa yang kamu nak berkerja? Kalau kamu sendiri pergi ke laman sesawang syarikat itu untuk lihat sendiri bahagian kerjaya mereka, kamu takkan punya masalah untuk bagitahu kenapa kamu nak kerja itu.

2. “Di mana kamu lihat diri kamu lima tahun akan datang?”

Matlamat pengurus jawatan kosong adalah mencari seseorang yang bukan sahaja padan dengan deskripsi kerja, tetapi punya potensi untuk membangun bersama-sama syarikat. Soalan ini bertujuan untuk mengukur kalau kamu dah fikir hala tuju kerjaya, dan kalau kamu punya semangat yang cukup untuk tahu di mana kamu pada lima tahun seterusnya. Kamu tak perlu pelan semuanya in detail. Malah, ianya okay kalau masih tak pasti, tapi fikir bagaimana posisi ini boleh jadi pengalaman yang sempurna untuk kamu membuat keputusan itu.

3. “Apa kerja impian kamu?”

Bergantung kepada vibe temu duga kamu, kamu boleh santai dan beritahu yang kamu memang dah lama nak jadi artis, tapi jangan lepaskan peluang untuk beritahu cita-cita kamu. Syarikat-syarikat mahukan mereka yang punya matlamat dan bersemangat.

4. “Adakah kamu ada temu duga dengan syarikat lain?”

Sesetengah orang fikir cara terbaik untuk jawab soalan ini adalah dengan mengutarakan kesetian kamu kepada syarikat yang temu duga kamu itu, tetapi ianya tak perlu. Syarikat-syarikat tanya soalan ini sebab nak tahu the competition, lagi-lagi kalau syarikat itu nak kamu sangat-sangat. Kamu tak perlu senaraikan semua syarikat yang kamu ada jumpa, tapi beritahu penemuduga yang kamu punya pilihan lain tak salah! Biar mereka tahu harga kamu, ianya mungkin bisa yakinkan mereka untuk terima kamu.

5. “Apa suasana pekerjaan ideal kamu?”

Jangan tipu. Ideally, suasana kerja sempurna kamu sesuai dengan budaya syarikat itu, tapi kalau kamu tipu hanya kerana nak mereka terima kamu, kamu mungkin akan menyesalinya. Kenapa kamu nak kerja dengan syarikat yang tinggi daya saing kalau kamu lebih bagus berkerja dalam suasana berkerjasama?

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Ysa Singson (cosmo.ph)

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor