5 Selebriti Berkongsi Kisah Tekanan Perasaan Yang Membahayakan Diri
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
celebrity with depression

5 Selebriti Berkongsi Kisah Tekanan Perasaan Yang Membahayakan Diri

Jangan ambil mudah dengan anxiety (keresahan) atau kemurungan! Ia berlaku kepada semua orang termasuk selebriti popular. Siapa sangka, kehidupan penuh glamor dan dikelilingi kemewahan tetap menjadikan mereka hidup dalam tekanan.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selena Gomez terpaksa membatalkan konsert jelajahnya kerana masalah kemurungan sehingga mengganggu emosi dan kesihatannya. Kemurungan yang melampau boleh menjejaskan kesihatan mental kamu okey! Cosmo senaraikan beberapa selebriti popular yang berkongsi pengalaman mereka melawan kemurungan. Sila baca supaya kamu boleh atasi masalah depression yang membunuh kamu dalam diam!

celebrity with depression

Demi Lovato

Demi mengalami kemurungan ketika zaman remajanya. “Jangan ambil mudah dengan tekanan kerana ia berkait rapat dengan otak, iaitu organ paling kompleks. Bagi saya mental illness perlu dirawat dengan berkongsi cerita dengan keluarga dan rakan terdekat,” kata Demi. Demi bukan sahaja mengalami masalah pemakanan malah depresi sehingga membuatkan Demi mengasingkan diri.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness