Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Sebab Lelaki Hilangkan Diri

Semuanya berjalan lancar pada janji temu pertama, tapi kini dia ‘tenggelam timbul’ pula. Apa yang bermain dalam fikirannya? Ketahui lima punca lelaki hilangkan diri daripadamu.

47867033 - husband escapes from wife on a rope

1. SI DIA MAHU JAGA IMEJ

Lelaki sebenarnya crowd pleaser dan teruja bila disukai ramai. Jadi bila dia rasa hubungan denganmu takkan ke mana, dia pasti risau imejnya akan terjejas bila putuskan hubungan. Jadi langkah paling mudah ialah lari dan hilangkan diri!

 

2. SI DIA RASA KAMU TAK SESUAI UNTUKNYA

Ada bisikan di mindanya yang mengatakan, “Bagaimana jika kamu bertemu wanita lebih hebat?” atau “Alamak, nampak tak siku dia pelik?”. Mungkin bisikan ini buatkan dia sukar untuk buat keputusan tentang dirimu. Jika seseorang jejaka dah buat keputusan kamu tidak sesuai untuknya, dia akan berhenti beri perhatian atau hilangkan diri kerana baginya ini cara paling ideal.

 

3. SI DIA TIDAK YAKIN

Jika wanita tunjukkan dia lebih hebat daripada pasangannya, jejaka itu akan rasa insecure. Ini akan buat si dia bosan untuk teruskan hubungan dan ambil langkah untuk disappear…

 

4. DIA JUMPA WANITA LAIN

Ia memang semudah itu. Jejaka akan alih  perhatiannya pada wanita yang dia rasakan lebih sesuai dengan personalitinya. Perit tapi benar!

 

5. SI DIA PERNAH KECEWA

Jika seorang jejaka pernah disakiti, si dia mungkin malas nak bekerja keras untuk pastikan hubungan itu berjaya. Jangan terkejut kalau si dia berdiam diri pada mulanya dan hilang begitu saja.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor