Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Sebab Kamu Perlu Minum Kopi

Lupakan tentang detoks kafein. Pakar berpendapat tabiat minum kopi sebenarnya baik untuk kamu. Ini sebabnya…

10995387_m

 

1. IA BUAT KAMU GEMBIRA
Satu kajian oleh Harvard School of Public Health mendapati wanita yang gemarkan kopi tidak mudah tertekan secara keseluruhan berbanding mereka yang tidak minum kopi. Mahu keluar untuk catch-up session bersama teman-temanmu pada hujung minggu? Tak ada masalah, pesan saja double-shot latte.

 

2. TIADA LAGI PENING KEPALA Apabila dicampur bersama ubat antiradang seperti ibuprofen, kafein dapat membantu menyingkirkan acetate – sebatian kimia yang menyebabkan sakit kepala. Lain kali bila kamu rasakan pening kepala teruk mula menyerang, cepat-cepat minum segelas kecil Americano dan ambil ibuprofen untuk kelegaan pantas.

 

3. WORK IT, GIRL
Kafein merangsang sistem saraf tubuh yang membantu meningkatkan kecergasan mental dan fokus selepas dua jam kamu meminumnya. Tugasan yang bos mahu kamu siapkan dalam masa beberapa jam itu? Selesai!

 

4. RASAKAN BAHANGNYA
(Oh, kalori kamu yang sedang terbakar itu)
Menikmati secawan kopi sebelum bersenam dapat meningkatkan stamina, jadi kamu boleh bertahan lebih lama di atas treadmill. Tetapi ingat ya, ambil secawan kopi saja kerana kafein boleh membuatkan kamu dehidrasi. Jangan lupa minum air dengan banyak juga.

 

5. RANGSANGAN DI KAMAR
Penyelidikan awal mencadangkan minum kopi 30 minit sebelum beraksi di kamar dapat membuatkan kamu lebih berahi dan bertenaga untuk pusingan kedua. Pakar sains masih tidak pasti mengenai kesahihan kajian ini, but who cares? Sekurang-kurangnya ia dapat buat kamu dan suami lebih ghairah. Apa yang nak dirugikan?

 

Foto: 123RF.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor