Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Petanda Yang Kerjaya Sekarang Sebenarnya ‘Membunuh’ Kamu

Gaji yang dibayar tak setimpal? Bos yang melayan pekerja dengan teruk atau tak sekepala dengan rakan sekerja?

Tidak kira apa pun alasan yang membuatkan kamu ‘benci’ dengan kerjaya kamu sekarang, kamu berhak dan perlu mengambil langkah terbaik. Samada berhenti kerja ataupun cuba memulihkan keadaan, sesuatu perlu dilakukan. Kamu perlu ingat, kerjaya kamu adalah sumber rezeki dan jika tiada hati lagi, seolah-olah kamu bekerja kerana terpaksa! Cosmo senaraikan lima petanda yang kamu dah boleh mula cari kerja baru.

1. Kamu tak lagi bersemangat

Ingat lagi ketika kamu baru mula kerja and semua idea nak dilontarkan? Kamu sangat teruja dengan kerja kamu dan kamu sanggup lakukan apa saja. Sekarang, kamu hanya bagi usaha ala kadar saja. Ya, kamu buat semua kerja, tetapi kamu juga tidak sabar untuk pulang ke rumah dengan segera!

2. Kamu buat benda yang sama sejak hari pertama

Berasa selesa adalah satu hal, tetapi what if kamu belum lalui cabaran sejak hari pertama kamu? Perkembangan karier perlu dan sudah tiba masanya kamu keluar daripada kotak keselesaan dan belajar daripada kesilapan; mencari apa yang berkesan ataupun tidak. Semua itu tak boleh terjadi jika kamu masih jadi diri kamu yang dulu ketika mula diterima kerja. Jika kamu anggap bos kamu yang menghalang dan memaksa kamu untuk bekerja, lepaskan saja jawatan itu.

3. Stress level kamu tak pernah turun

Stress itu normal…tetapi tak jika kamu selalu bimbang pasal kerja. Jangan salah tafsir, sesetengah orang berjaya dalam high-pressure jobs. Tapi, bila kamu selalu tak ada selera, bila kamu tak boleh nak santai, pertimbangkan semua tanda-tanda ini. Mungkin sudah tiba masanya kamu mencari peluang baru.

4. Kamu annoyed dengan semua benda

Kalau kamu selalu menyampah dengan lawak yang remeh, meradang pada kawan untuk soalan yang sangat mudah, buat muka bila orang datang ke meja kamu, girl, check yourself. Bukan kamu saja yang serabut, orang sekeliling juga turut sama terkena. Dan kalau kamu rasa itu hanya personaliti kamu, adakah kamu orang yang sama ketika bekerja atau tak? Fikirkan.

5. Kamu sebenarnya dah pertimbangkan cari kerja baru

Mereka yang punya semangat kerja selalu ingin tahu ada apa di luar sana supaya mereka tahu jika ada peluang kerja yang baru. Tapi sudah tiba masanya kamu menghantar resume kamu jika kamu selalu sebut mengenainya kepada kawan dan keluarga kamu.


Foto: Shutterstock.com/Artikel asal: Ysa Singson (cosmo.ph)

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor