Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
curang

5 Petanda Baru Lelaki Curang

Cosmo pujuk beberapa jejaka untuk kongsikan petanda penting bila seseorang lelaki curang atau ada ‘kekasih gelap’. Nah, baca dan pastikan kamu peka jika berdepan situasi begini.

curang

 

1. Dia makin kurang ditag dalam gambar Facebook.

Ertinya: Jika dulu si dia bak raja FB newsfeed, tetapi kini lebih suka post gambar throwback saja. Mungkin dia kena semak dulu setiap gambar sebelum upload, takut ada gambar teman wanita baru pula!

 

2. Suami semakin dingin dan membosankan di kamar.

Ertinya: Jika tiba-tiba nafsunya hilang begitu saja atau dia tidak mahukan sesi intim, mungkin dia sedang sibuk di kamar wanita lain. Lelaki selalunya curang bila inginkan sesuatu yang lain daripada lain.

 

3. Si dia panggil kamu guna nama manja saja.

Ertinya: Jejaka sering guna nama manja kerana takut tersalah panggil nama wanita lain. Jika sudah hampir tiga bulan si dia panggil kamu ‘baby’, mungkin di luar sana ada ‘baby 2’ juga!

 

4. Suami tidak benarkan kamu ke pejabatnya.

Ertinya: Si dia mungkin sering buat perancangan keluar makan dengan ‘kekasih gelapnya’ setiap hari. Jadi, si dia nak pastikan kamu tidak terserempak dengan mereka bila keluar makan.

 

5. Teman lelaki tidak benarkan kamu lepak dengan teman-temannya.

Ertinya: Jika seseorang lelaki main kayu tiga, dia takkan mahu kamu lepak dalam kumpulan kawan-kawannya. Manalah tahu ada kawan yang akan terlepas cakap!

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor