Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
5 Perkara Perlu Tahu Tentang Sound Bath

5 Perkara Kamu Perlu Tahu Tentang Sound Bath

Kesihatan bukan saja penting dari segi luaran tetapi juga dalaman. Kesihatan mental seperti depresi, kebimbangan serta insomnia umpama a tough battle to win. Terapi alternatif seperti yoga dan meditasi boleh membantu seimbangkan subtle body dan chakra membuatkan kamu rasa lebih tenang dan relaks. Kini, gelombang sound bath pula menjadi kegilaan setiap yogis.
3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

 

3) Bersedia untuk jadi lembut dan relaks

Menurut buku Yoga of the Subtle Body oleh Tias Little, dia menggunakan anatomi fizikal tubuh sebagai alat untuk menavigasi subtle body kamu. Dalam yoga, kamu sering berusaha keras dengan fizikal tubuh sehingga lupa tentang subtle body dan kehilangan manfaat sebenar daripada amalan yoga tersebut. Dengan sound bath pula, usah dipaksa. Don’t even listen. Baring dengan tenang dan biarkan alunan muzik tersebut melakukan penyembuhannya.

 

4) Kamu boleh rasa bunyi tersebut di dalam tubuhmu

Penah tak kamu hadir ke mana-mana konsert di mana bass terlalu kuat sehingga kamu boleh rasa tubuh bergetar? Ramai yogis percaya frekuensi bunyi tertentu boleh seimbangkan subtle body kamu. Jadi ketika sesi sound bath, letakkan satu tangan di atas jantung dan sebelah lagi di atas perut. Bayangkan getaran meresapi physical and subtle body kamu. Kadangkala merasakan bunyi dengan cara ini boleh membawa kamu ke tahap ketenangan yang mendalam.

 

5) Kamu mungkin akan tertidur

That’s okay. Kamu masih dapat kebaikan sound bath walaupun jika tidur sepanjang sesi tersebut. Jika kamu tidak tidur ketika sound bath, kamu tetap akan dapat tidur yang lena malam itu. Disebabkan itulah ia merupakan terapi paling berkesan untuk penghidap insomnia. Jika kamu menghadapi masalah ini, Cosmo sarankan kamu untuk mencubanya, okey!

 

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert