Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Pertimbangkan 5 Perkara Ini Sebelum Membeli Sunscreen

Pertimbangkan 5 Perkara Ini Sebelum Membeli Sunscreen

Cosmo bertanya kepada Dr Chiranjiv Chhabra, pengarah dan pakar perunding kulit di klinik Skin Alive di India untuk membongkar beberapa mitos yang sering dikaitkan dengan SPF. 

Foto: Shutterstock.com

 

1. Perlukah beli krim tabir suria mengikut jenis kulit? 
Ya, sangat penting untuk kamu gunakan sunscreen mengikut jenis kulit, jika kulit kamu normal, kamu patut gunakan SPF 30. Untuk kulit kering, kamu disarankan untuk gunakan sunscreen dengan pelembap. Jika kulit kamu berminyak, gunakan sunscreen dengan SPF 50.

 

2. Adakah sunscreen with tint sama berkesan dengan sunscreen biasa?
Tinted sunscreen memang popular kebelakangan ini. Ia membantu kamu samar kemerahan dan ton kulit tak sekata sambil melindungi kulit daripada selaran sinar UV. Ini bermakna kamu tak perlu lagi sapulan penyamar atau bedak asas.

 

3. Adakah memakai sunscreen selepas pelembap memberi perlindungan yang sama jika menggunakan krim siang yang sudah mengandungi SPF?
Terdapat banyak pendapat mengenainya. Ada yang percaya memakai sunscreen sebelum pelembap lebih baik kerana ia melindungi kulit sepenuhnya, manakala ada yang percaya ia mengurangkan perlindungan daripada sunscreen tersebut. Sebaiknya, sapukan sunscreen selepas pelembap, kerana jika kamu sapu sebaliknya, ia boleh menjadikan perlindungan daripada matahari kurang berkesan and alters the way that UV rays meet your skin. Jadi, kamu disarankan untuk gunakan pelembap terlebih dahulu kemudian barulah sunscreen untuk perlindungan terbaik.

 

4. SPF sepatutnya menjadi langkah ke berapa dalam rutin solekan pada waktu pagi? Yang pertama atau terakhir? 
Memakai produk kecantikan mengikut turutan yang betul sangat penting untuk dapatkan hasil optimum. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, penting untuk sapukan kulit dengan pelembap terlebih dahulu dari bawah ke atas, kemudian sapukan sunscreen. Dengan cara ini, kulit akan menyerap SPF dan memudahkan kamu memakai solekan.

 

5. Mitos atau fakta bahawa sunscreen perlu disapukan 20 minit sebelum keluar rumah? Perlukan sapu semula setiap empat jam? 
Sunscreen perlu disapukan 30 minit sebelum keluar rumah untuk memastikan bahan-bahan di dalam tabir suria kamu meresap dengan baik ke dalam kulit. Ya, sangat penting untuk sapu semula setiap dua jam untuk perlindungan terbaik. Juga, sunscreen perlu disapu semula sebaik saja kamu habis berenang, mengelap badan dengan tuala atau berpeluh.

 

Artikel asal: Sakshi Dhyani (cosmopolitan.in)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor