5 Perkara Kamu Akan Menyesal Jika Tidak Lakukan Sekarang!
regret

5 Perkara Kamu Akan Menyesal Jika Tidak Lakukan Sekarang!

“Kalaulah…” Perkataan ini sering bermain di lubuk fikiran kamu setiap masa. Kamu tahu kamu perlu berubah ataupun melakukannya sekarang! Tetapi, apa yang menghalang kamu? Apakah yang menjadi punca utama kamu masih dihantui persoalan ini? Cosmo bantu kamu huraikan segala kekusutan itu.

regret

Berpura Menjadi Orang Lain

Jika apa yang kamu tunjukkan kepada orang di sekeliling kamu hari ini adalah dusta semata-mata, hentikannya sekarang! Kamu cuba untuk memuaskan hati mereka dan mahu tampak hebat, namun pada dasarnya kamu biasa-biasa saja. Kamu lakukan semua ini hanyalah kerana kamu mahu disukai? Jika kamu rasa disukai oleh semua orang adalah satu kepuasan, tanya diri sendiri. Sampai bila? Kamu tak perlukan kesempurnaan untuk disayangi. Masyarakat akan sentiasa menghakimi individu yang mereka kurang gemari. Jadi, buka topeng palsu itu sekarang dan jadilah diri kamu yang sebenar. Kalau ada yang membenci, just walk away!

 

Tidak Meluahkan Perasan Yang Terpendam

Kamu sukakan teman sepejabatmu kerana dia ada ciri-ciri wanita/lelaki idaman yang kamu cari selama ini. Tetapi kamu belum sempat menegurnya kerana terlalu malu. Kamu takut dia tidak memberi respon seperti yang kamu jangkakan. Its okay! Cuba sapanya secara kasual. Kalau dia sudah berpunya atau tidak menunjukkan minat, sekurang-kurangnya kamu sudah mencuba. Bayangkan sepuluh tahun lagi, kamu dan dia akhirnya bersatu. Semuanya bermula bila kamu puji gaya terbarunya ketika dia melintas dihadapanmu.

 

Menyimpan Aura Negatif

Jangan biarkan diri kamu selalu jadi mangsa keadaan atau tempat melepaskan amarah! Jika dia benar-benar kawan yang baik, dia tidak akan mempergunakan kamu. Dia selalu merendah-rendahkan diri kamu di khayalak ramai? Dan mentertawakan kekurangan kamu? Atau kamu yang selalu memohon maaf untuk segala perselisihan faham yang berlaku? Kamu dah boleh cari kawan baru.

 

Terlalu Selesa Dengan Ruang Yang Kecil

Bertahun-tahun kamu telah lakukan kerjaya yang sama namun tiada lansung peningkatan baik dari segi gaji ataupun cabaran. Apa yang kamu tunggu lagi? Sedangkan rakan sepejabat yang lain sudah mula bertukar posisi jawatan. Bukan kamu tidak bagus atau tidak menyerlah. Tetapi kamu tidak diberkan peluang. Setiap tahun, pihak pengurusan memberikan alasan yang sama. Tiada siapa boleh ganti posisi kamu. Ingat, everyone is replaceable! Mungkin tempat kerja kamu sekarang bukanlah tempat yang sesuai untuk berkembang. Baik kamu cari peluang baru dari sekarang.

 

Ego Sebesar Gunung

Kamu dan rakan baik bergaduh hanya kerana kamu selalu rasa kamu di pihak yang benar. Segala yang kamu lakukan adalah betul walaupun kamu tahu ada kalanya kamu terlalu mengikutkan emosi. Mungkin kamu rasa jika kamu mengakui kesilapan, kamu dikira kalah. Persahabatan bukanlah satu pertandingan. Ia perlu saling memahami, berterus terang dan menerima ketidaksempurnaan seseorang. Kamu tahu dia telah cuba menjernihkan keadaan, tetapi kamu masih mahu dia melutut meminta maaf. Kemudian, kamu pula yang sakit hati melihat rakan kamu kini telahpun mempunyai rakan lain. Kamu fikir mungkin dia tidak boleh hidup tanpa kamu. Sedangkan sekarang, kamu terpaksa melakukan aktiviti kegemaran seorang diri. Malu nak minta maaf di saat ini? Masih belum terlambat. Lakukannya sekarang dan jangan biarkan peraaan ego kamu menguasai diri!

 

Foto: 123rf.com/Oleh: @curlyjow

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness