Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Model Victoria’s Secret Termasuk Gigi Hadid Disekat Masuk Ke China

Victoria’s Secret Fashion Show 2017 dijangka akan berlangsung pada 20 November 2017 di Shanghai, China. Tetapi beberapa model termasuk Gigi Hadid dilaporkan menarik diri daripada pentas fesyen penuh berprestij itu!

Laporan media dari China mengesahkan Gigi Hadid dan empat model lagi iaitu Julia Belyakova, Kate Grigorieva, Irina Sharipova dan Dasha Khlystun tidak akan beraksi di pentas peragaan Victoria's Secret. Gigi menerusi akaun Twitternya mengesahkan menarik diri atas sebab yang tidak dijelaskan.

Manakala empat model lain yang berasal dari Rusia dan Ukraine disahkan tidak dibenarkan masuk ke China kerana visa mereka tidak diluluskan. Beberapa media melaporkan ini kerana terdapat isu seorang model kanak-kanak berusia 14 tahun dari Rusia, Vlada Dzyuba mati selepas dikatakan terlalu penat bekerja sebagai model peragaan.

Pihak China menyekat model kelahiran Rusia dan Ukraine daripada bekerja di sana selagi kes kematian Vlada tidak diselesaikan. Manakala Gigi pula dilaporkan disekat atas sebab pernah memuat naik video berbau perkauman terhadap bangsa Cina di Instagramnya awal tahun ini.

China memang terkenal dengan menyekat masuk beberapa selebriti antarabangsa atas sebab pernah mengeluarkan kenyataan sensitif terhadap negara itu serta berkelakuan tidak bermoral. Antara selebriti yang disekat ke negara China ialah Justin Bieber, Miley Cyrus, Brad Pitt, Jay Z dan ramai lagi.

2 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness