5 Masalah Kesihatan Yang Menyebabkan Berat Badan Kamu Meningkat - Page 5 of 6 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
5 Masalah Kesihatan Yang Menyebabkan Berat Badan Kamu Meningkat

5 Masalah Kesihatan Yang Menyebabkan Berat Badan Kamu Meningkat

Jika kamu rasa peningkatan berat badan kamu kebelakangan ini tak ada kena mengena dengan diet atau senaman, mungkin ada penyebab lain yang kamu tak jangka.
5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

4. Kamu Mungkin Menghidap Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)

Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) adalah masalah yang memberi kesan pada fungsi ovari kamu. “Kamu biasanya akan mengalami simptom bila tibanya akil baligh dan berakhir bila memasuki fasa putus haid,” kata Dr Glass.

“Biasanya wanita yang mengalami PCOS mempunyai kadar testosteron yang lebih tinggi daripada biasa. Testosteron merupakan hormon lelaki yang boleh mencetuskan peningkatan berat badan dan pertumbuhan bulu di bahagian wajah, belakang badan, dada dan bahu.”

Berita baik: PCOS boleh diatasi dengan diet dan senaman. Simptom lain termasuk haid tidak tetap, kembung, sakit di bahagian bawah perut atau pelvik, atau depresi dan anxiety. Doktor kamu akan membuat ujian hormon dan/atau ultrasound untuk mengesahkannya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor