5 Masalah Kesihatan Yang Menyebabkan Berat Badan Kamu Meningkat - Page 2 of 6 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
5 Masalah Kesihatan Yang Menyebabkan Berat Badan Kamu Meningkat

5 Masalah Kesihatan Yang Menyebabkan Berat Badan Kamu Meningkat

Jika kamu rasa peningkatan berat badan kamu kebelakangan ini tak ada kena mengena dengan diet atau senaman, mungkin ada penyebab lain yang kamu tak jangka.
2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Tiroid Kamu Terganggu

Hipotiroidsme, juga dikenali sebagai kekurangan hormon tiroid, telah lama diketahui sebagai punca kenaikan berat badan.

“Tiroid tidak aktif berlaku apabila kelenjar tiroid kamu tidak menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi,” kata Dr Kim Glass, Ketua GP di Bupa Health Clinics, UK. “Ini boleh memperlahan metabolisme, yang menyebabkan peningkatan berat badan, juga simptom lain seperti rasa sejuk dan letih sentiasa. Wanita mempunyai risiko lebih lapan kali ganda untuk mengalami masalah ini berbanding lelaki.”

Doktor kamu akan mengesahkan diagnosis, dan memberikan rawatan bergantung pada simprom yang dialami.

“Jika simptom kamu mild, kamu mungkin tak perlukan apa-apa rawatan, namun doktor mungkin akan memeriksa tahap hormon kamu setiap enam hingga 12 bulan,” tambahnya. “Jika simptom lebih teruk, doktor mungkin akan memberikan ubat penggantian hormon tiroid.”

“Sedikit masa diperlukan untuk hormon kamu kembali stabil, jadi mungkin selepas berbulan-bulan barulah kamu akan rasa lebih baik. Setelah tahap hormon kamu kembali normal, akan biasanya akan diminta untuk membuat ujian darah setiap setahun.”

 

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor