5 Makanan Terbaik Untuk Atasi Kulit Wajah Berminyak
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
5 Makanan Terbaik Untuk Atasi Kulit Wajah Berminyak

5 Makanan Untuk Atasi Kulit Wajah Berminyak

Adakah kulit kamu mudah berminyak sehinggakan buat kamu hilang keyakinan diri? Kadangkala penjagaan wajah dan mekap tidak cukup kerana kamu juga perlu merawat kulit melalui diet yang lebih sihat. Cosmo senaraikan lima makanan yang boleh atasi masalah kulit berminyak.

Foto: Shutterstock.com

1. Gandum

Jika kamu mula kurangkan pengambilan karbohidrat dan lebihkan pengambilan gandum, tekstur kulit kamu akan menjadi semakin halus dan cerah!

 

2. Timun

Selain dapat melawan keradangan, timun juga kaya dengan antioksidan yang bermanfaat untuk kecantikan kulit dan mengurangkan jerawat.

 

3. Pisang

Buah pisang mengandung Vitamin E, phosphate dan kalium yang meningkatkan kesihatan kulit. Pisang juga dapat berfungsi sebagai detoks! Makanlah satu buah pisang setiap hari untuk mengecilkan pori-pori wajah.

 

4. Air Kelapa

Coconut water adalah minuman semula jadi yang baik untuk penghidratan kulit! Selain menjaga kebersihan kulit dan mencegah jerawat, air kelapa juga merupakan sumber Vitamin C, riboflavin, kalsium, dan mineral seperti magnesium, kalium dan manganese.

 

5. Avokado

Selain pisang, avokado juga sangat baik untuk kecantikan kulit. Buah yang lazat ini mengandung asam lemak yang baik untuk kulit dan mencegah keluarnya minyak berlebihan dari pori-pori wajah. Avokado juga merupakan sumber antioksidan carotenoid yang dapat menegangkan kulit dan memperbaiki skin toneAmazing!

 

Artikel asal: Kezia Calesta (Cosmopolitan.id)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker