Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Jenis Pelukan Dan Maksud Tersembunyi Di Sebaliknya

Who doesn’t like cuddles, right? Ketahui maksud di sebalik posisi cuddles kegemaran terhadap hubungan kamu dengan pasanganmu.

 

SPOONING

Jika kamu yang berikan pelukan spooning kepada pasanganmu, kamu sebenarnya berikan perasaan selamat dan jaminan sementara mencurahkan tenaga perlindungan. Jika kamu yang diberikan pelukan spooning pula, kamu sebenarnya mahu rasa selamat dan dilindungi oleh pasanganmu.

 

MENGHADAP SATU SAMA LAIN

Posisi ini menunjukkan kadar intimasi yang sangat tinggi. Being chest-to-chest says you want to be open with each other.

 

INTERTWINING YOUR BODIES

Kamu mahu ‘bercantum’ bersama-sama dan berfungsi sebagai satu unit dalam hubungan tersebut.

 

BARING DI ATAS DADA PASANGANMU ATAU SEBALIKNYA

Kamu mengharapkan pasangan kamu dan rasa selamat bersamanya. Jika kepala pasanganmu berada di atas dadamu, kamu dalam posisi ‘raja’ dalam hubungan di mana ia menunjukkan kekuatan, kehebatan dan status kamu sebagai rock in your relationship.

 

BARING MEMBELAKANG SATU SAMA LAIN TAPI MASIH BERSENTUHAN

Kamu mahu ruang kamu sendiri tapi masih mahu connected dengan satu sama lain. Sentuhan kecil fizikal menunjukkan cinta dan hubungan kamu masih bersama pasangan kamu walaupun jika kamu berjauhan atau minta ruang untuk ‘bernafas’.

 

Foto: Ingimage.com

 

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert