Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
atkins diet

5 Jenis Diet Yang Berbahaya Untuk Tubuh Kamu

Terus terang, siapa yang tidak mahu kurus dengan cepat tanpa perlu bersenam, betul tak? Tetapi tiada satu pun jenis diet ekstrem ini yang selamat. Tubuh badan manusia perlukan pelbagai nutrisi untuk kekal sihat dan kamu perlu ingat yang bertubuh langsing tidak semestinya sihat!

atkins diet

Cosmo senaraikan lima jenis diet popular yang sebenarnya memudaratkan kesihatan kamu. Jadi, jika mahu kekal langsing dan sihat, bersenam dan mengawal pemakanan adalah jawapannya. Bukan mengikat perut dan hanya mengambil nutrisi tertentu sahaja.

1. Master Cleanse 
Beyonce menjadi selebriti pertama yang mempopularkan diet ini yang hanya mengambil masa di antara 7-21 hari. Ia juga dikenali sebagai diet lemonade dengan hanya minum air lemon dicampur dengan sirap maple dan serbuk cayenne. Pengamal diet ini tidak boleh mengambil sebarang makanan pejal dan minum air campuran tersebut ketika lapar.

KEBURUKAN: Kamu akan mengalami gangguan paras gula dalam tubuh dan mengalami keletihan melampau. Pening kepala dan lesu adalah antara simptom utama dan ia merosakkan tisu otot dan menganggu sistem penghadaman kerana kekurangan nutrisi lain.

2. Baby Food Diet
Jennifer Aniston pernah mengamalkan diet ini yang hanya memakan makanan bayi seperti puri sayuran dan buahan. Makanan bayi tidak mempunyai nutrisi yang cukup untuk orang dewasa.

KEBURUKAN: Makanan bayi kurang protein sedangkan dewasa memerlukan sumber tersebut setiap hari. Kamu akan mengalami masalah penghadaman juga kadar metabolisme yang berkurangan.

3. Apple Cider Vinegar Diet
Cuka epal mungkin boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan rasa lapar. Pengamal diet ini perlu makan 2-3 sudu cuka epal setiap kali sebelum makan.

KEBURUKAN: Cuka epal mengandungi kandungan asid makanan yang tinggi dan boleh mencederakan kerongkong dan merapuhkan gigi.

4. The Cigarette Diet
Mungkin kurang popular di Malaysia, tetapi diet ini terkenal di Hollywood dan telah diamalkan oleh selebriti sejak tahun 1970 an. Satu jenama rokok popular pernah mempromosikan rokok sebagai pengganti kepada ketagihan mengambil makanan atau minuman manis. Pengamal perlu hisap rokok setiap kali teringin mengambil makanan bergula.

KEBURUKAN: Sudah tentu rokok berbahaya kepada kesihatan. Tidak perlu Cosmo terangkan kesannya.

5. Atkins Diet
Atkins adalah diet paling popular dan pengamalnya mengakui turun berat badan secara drastik. Mereka hanya dibenarkan makan protein seperti daging, ayam dan ikan yang dipanggang atau rebus. Pengamal diet ini dilarang mengambil sumber karbohidrat, gula (termasuk buah-buahan) dan serat. Atkins mempunyai beberapa fasa dan berat badan mulai menurun pada minggu kedua.

KEBURUKAN: Kamu perlukan nutrisi lain seperti serat dan karbohidrat termasuk gula. Ia menyebabkan sistem penghadaman terganggu dan akan mengalami masalah buasir. Malah psikologi kamu juga akan terganggu menyebabkan kamu tertekan. Kulit akan mula menggeleber dan berkedut kerana kurang sumber serat dan vitamin.

Foto: Shutterstock.com

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness